BTC USD 85,634.7 Gold USD 4,309.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Sukan

diorang ni saja je letak sasaran WC2018 sebagai alasan sementara untuk dijadikan lesen untuk memujuk rakyat malaysia supaya bagi peluang lagi 12 tahun pada mereka.

tak cukup dgn peluang 20 tahun yg dh diberi.. mintak tambah lagi 12 tahun lak. konon untuk perancangan pembangunan akar umbi.

kalaulah dari 22 tahun dulu (sejak tahun 1984 sultan pahang jadi presiden FAM) diorang dah pikir macam sekarang (tempoh 12 thn untuk layak ke wc) maknanya dah 3 kali malaysia masuk WC (98,02,06)

tgk apa jadi dgn skuad piala dunia remaja 97?? dulu semasa penubuhan skuad piala dunia remaja..rasanya janji yg sama ditaburkan. bagi peluang pada FAM untuk buktikan sesuatu.

konon mereka adalah skuad masa depan negara. skuad yg bakal membawa cabaran ke sukan olimpik dan kelayakan piala dunia.. paling koman pingat emas sukan sea. alih2 result yg sama jugak.. apa yg diorang dapat?.. x de lain selain caci maki berbakul2.
 
Semua nk lepaskan batuk kat tepi tong sampah je tu....
Tunggu punya tunggu... Orang baru plak muncul...
hehe,,"Berilah saya masa untuk buktikan sesuatu, baru 5 tahun sy pegang jawatan ni, x puas mkn lagi..."

Format liga pun bertukar2, target pun bertukar2, pelahap pun bertukar2, satu haram pun x tercapai kecuali nk cecah dr 146 ke 200...
mungkin pencapaian yg paling realistik...Syabas beteh...
http://img154.imageshack.us/my.php?image=ibrahimus0.jpg <<Berita Harian
 
ahmad81 said:
Semua nk lepaskan batuk kat tepi tong sampah je tu.......

pastu time ni la FAM pun nak tuding jari kat pihak tu dan pihak ni konon x bersama2 majukan bolasepak kita... apa hal lu..!

contohnya andaikata negara malaysia x maju2 sejak merdeka...dan semua rakyat marahkan kerajaan. sebagai pemimpin yg baik PM takkan nak salahkan orang itu dan orang ini untuk dikambing itamkan.

takkan dia nak kata "oo.. negara kita tak maju-maju sebab ada pihak tak mau bekerja sama.. jabatan itu buat kerja tak bagus.. pengarah itu tido..pegawai korap..pelabur x suka datang sini..bla bla bla.." itu masalah dia sebagai pemimpin tertinggi negara untuk selesaikannya.

camtu la jugak dengan FAM. bila bolasepak kita tak maju2. sebagai pemimpin yg baik barisan pengurusan FAM x sepatutnya tuduh pihak itu dan ini takmo berganding bahu majukan bolasepak kita.

itu masalah FAM.. dia sebagai badan induk bolasepak tertinggi di malaysia perlu lah buat kerja tu semua.. tolong koordinasikan agensi/pihak2 yg dia maksudkan tak bekerja sama tu. kalau x boleh jugak maknanya FAM punya leadership skill dah kong laa.. kalau dah kong..takkan nak simpan lagi.. humban campak lombong je laa.. sbb tu kena ganti baru.
 
B-23 lepas peluang tentang Tenario
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 23 Tahun yang bakal menghadapi Sukan Asia Doha, Disember ini, melepaskan peluang pendedahan dengan bintang Piala Dunia Ecuador, Carlos Tenario apabila menarik diri daripada Piala Antarabangsa Bandar Raya Petaling Jaya, bulan depan.

Keputusan itu diumumkan oleh ketua jurulatihnya, Norizan Bakar selepas menyaksikan anak buahnya menewaskan Sri Lanka 2-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dia dikatakan mengambil keputusan mengejut itu atas alasan kesukaran memperoleh pemain yang diperlukan bagi menghadapi kejohanan empat penjuru tersebut dari 8 hingga 14 Ogos ini di Stadium Petaling Jaya.

Piala Antarabangsa Bandar Raya Petaling Jaya bakal menyaksikan kemunculan kelab Qatar, Al Sadd yang memiliki Carlos Tenario - penjaring dua gol untuk Ecuador ketika menentang Poland dan Costa Rica dalam Piala Dunia di Jerman, baru-baru ini.

Dua lagi pasukan yang diundang memeriahkannya ialah kelab Liga Perdana, Shahzan Muda Pahang dan Balestier Khalsa dari Liga Singapura yang mengecewakan skuad Bawah 20 Tahun Malaysia dalam Piala Singapura, awal tahun ini.


Pestabola Merdeka

Norizan berkata, anak-anak buahnya hanya akan dikumpulkan semula pada 2 Ogos ini bagi membuat persediaan menghadapi Pestabola Merdeka di Stadium Shah Alam dari 23 hingga 29 Ogos.

“Saya akan mengadunkan pemain skuad ini dan beberapa lagi pemain senior,” katanya, merujuk persediaan ke kejohanan yang dihidupkan semula selepas terhenti sejak 2001 dan bakal disertai Thailand, Indonesia dan Myanmar itu.

Bagi Sukan Asia yang khusus bagi bawah 23 tahun, setiap pasukan masih boleh menggunakan tiga pemain senior dengan Malaysia dijangka menurunkan sama ada Indra Putra Mahyuddin, K. Nanthakumar, Norhafiz Zamani Misbah atau Khaironnisam Sahabuddin Hussain.

Khaironnisam turut menjaringkan gol ketika menewaskan Sri Lanka, Rabu lalu manakala Indra Putra semakin mendapat kepercayaan Norizan sejak kembali mewakili negara menentang Singapura dalam perlawanan persahabatan timbal balik, Mei dan Jun lalu.

Keputusan itu diumumkan oleh ketua jurulatihnya, Norizan Bakar selepas menyaksikan anak buahnya menewaskan Sri Lanka 2-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, baru-baru ini.

wahh.. bangganya aku, malaysia tewaskan sri lanka.. hebat tu.. :badgrin:
 
huhuu... wahh da ada peningkatan mendadakLAH....
menang 2-0... besar tu... mungkin pasni FAM bleh tido lena tu... huhahuha
Tp kalu tgk live kat depan mata camne lah agaknya game tu yer...
mesti main nk cukupkan time tu... main tolak2 bola je tu....
 
Usah tunggu hingga 2018: Tengku Abdullah
Oleh Ilham Nusa


USAHA pasukan kebangsaan untuk membuktikan kehebatan bersaing di Piala Dunia seharusnya dipercepatkan lagi, tidak perlu menanti terlalu lama sehingga 2018.

Sasaran beraksi di Piala Dunia pasti dapat diterjemahkan skuad negara jika semua pihak berusaha ke arah itu, tidak hanya pandai cakap dan mengutarakan pandangan sahaja.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata tidak mustahil pasukan negara layak beraksi di pentas Piala Dunia pada 2018 atau lebih awal.

Katanya, tiada guna meletakkan sasaran layak beraksi di peringkat Piala Dunia, jika tanpa usaha dan kerjasama yang erat dan mantap daripada semua pihak di semua peringkat.

Beliau berkata, pelan pembangunan pasukan bola sepak kebangsaan yang disusun FAM berupaya mencetuskan kejayaan tetapi jika FAM sahaja bersungguh-sungguh sedangkan pihak lain tidak turut sama, ia tetap tidak mempunyai kesannya.

"Kita perlu berusaha ke arah pencapaian terbaik, sama ada impian berkenaan berjaya atau sebaliknya tidak penting kerana kita ada pelan pembangunan yang berkesan.

"Kita seharusnya mempunyai pemain dan jurulatih yang berkualiti bermula dari sekarang jika ingin melihat pencapaian yang membanggakan di peringkat antarabangsa," katanya.

Ditanya mengapa beliau tidak pernah meletakkan sasaran pasukan negara pada saingan Piala Dunia, Tengku Abdullah berkata, beliau tidak melihat kesungguhan pihak bertanggungjawab memajukan bola sepak negara.

Katanya, pihak tertentu hanya pandai mengutara pelbagai rancangan dan idea tetapi tidak lebih hanya pandai bercakap sahaja.

"Sebab itu, saya lebih suka mendiamkan diri jika ada perkara yang masih belum dapat dibuktikan," katanya yang sentiasa memikirkan dari segi pembangunan untuk melahirkan pemain berkualiti.

Tengku Abdullah berkata walaupun pasukan negara kini berada pada ranking 146 dunia, namun jika tiada usaha memperbaikinya dilakukan, tidak mustahil ia semakin buruk dan memalukan.

"Saya sudah menduga apa yang berlaku, sudah berbuih mulut saya bercakap tetapi ia tidak menampakkan kesungguhan daripada semua pihak yang bertanggungjawab.

"Tugas melahirkan pemain yang berkualiti bertaraf dunia tidak seharusnya dipikul oleh FAM sepenuhnya, sebaliknya perlu dilakukan di peringkat akar umbi," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Ibrahim Saad dengan penuh yakin meletakkan sasaran pasukan negara akan layak beraksi di pentas Piala Dunia pada 2018.
 
aku rasa sukad mesia telah mendapat satu kejayaan besar setelah dengan bergayanya menewaskan skuad SRI LANKA dengan 2-0, pasti cikgu jan bole tersenyum lebar atau senyum2 kambing dengan kejayaan itu dan dengan itu...aku dengan rasa bangga tahap ke-18 sangat2 yakin mesia akan masok werl kap selewat2 nya thn 2018. tahniah dengan kejayaan 2-0 mengatasi SRI LANKA tersebut...
 
lepas ni bolehlah cikgu jan dengan yakinnya propose kat pak brahim supaya buat next friendly ngan bangladesh dan tanzania lak.

jgn memain..kedua-dua team tu ranking lagi tinggi dari malaysia tau..kalau menang ini bermakna malaysia on the right track to the 2018 wc.
 
aurakaya said:
lepas ni bolehlah cikgu jan dengan yakinnya propose kat pak brahim supaya buat next friendly ngan bangladesh dan tanzania lak.

jgn memain..kedua-dua team tu ranking lagi tinggi dari malaysia tau..kalau menang ini bermakna malaysia on the right track to the 2018 wc.

hehe...lucu..tapi itulah hakikatnya...
 
APA perancangan paling besar yer... heheh, apa lagi Pulus ler... Masyukk poket ni....

*****.....*****
Hajat besar perlu perancangan besar
Oleh Kamarulzaman Pid
[email protected]

HAJAT besar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), untuk membawa skuad kebangsaan beraksi di Piala Dunia 2018, diterima peminat dan pengkritik sukan nombor satu negara itu dengan nada sinis.


Dalam tempoh 12 tahun dari sekarang, tanpa akar umbi yang kukuh dalam pembangunan bola sepak negara, mustahil ia mampu dicapai.

Tanpa pembangunan dari peringkat akar umbi yang sistematik, jurulatih paling berjaya di dunia pun akan memikirkan berulang kali sebelum menerima tawaran FAM melatih skuad negara.

Apakah dalam tempoh 12 tahun akan datang, kita sudah mempunyai perancangan rapi bagi membangunkan bola sepak negara yang mantap di rantau Asia Tenggara, kemudian di peringkat Asia dan seterusnya di pentas dunia?

Apakah kita sanggup melaburkan berpuluh juta ringgit, malahan ratusan juta ringgit, untuk melihat anak muda mengibarkan Jalur Gemilang di pentas paling berprestij di dunia itu?

Hanya keberanian saja yang mampu merealisasikan cita-cita besar itu.

Banyak pengorbanan sebenarnya yang perlu kita lakukan, bukan semata-mata pada bahu anak-anak muda yang kini berusia sekitar lapan hingga 12 tahun, jika mereka dipilih menganggotai skuad bola sepak kebangsaan dalam tempoh 12 tahun akan datang.

Banyak pihak yang perlu telus dan bersungguh-sungguh melahirkan pemain Malaysia bertaraf dunia dalam tempoh itu.

Bukan hanya tugas FAM semata-mata untuk memenuhi hasrat rakyat yang keyakinannya semakin pudar terhadap sukan nombor satu di negara ini.

Tugas mencungkil bakat anak-anak muda ini perlu digalas persatuan bola sepak negeri, dan kerana mereka masih memakai pakaian seragam sekolah, tanggungjawab pihak sekolah juga tidak boleh dielakkan.

Tetapi, adakah setiap persatuan negeri, mempunyai sumber kewangan kukuh memenuhi tugas mencungkil bakat dan seterusnya melahirkan pemain berkaliber untuk diserahkan kepada FAM yang seterusnya menggilap bakat mereka untuk mewakili negara di pentas Piala Dunia nanti.

Jika amalan sekarang diteruskan, hanya meminta dana tahunan daripada FAM dan kemudian merayu kerajaan negeri masing-masing menyalurkan peruntukan tambahan bagi melengkapkan perbelanjaan, maka faktor pembangunan akar-umbi akan hanya tinggal perancangan.

Apabila kita melangkah ke liga profesional beberapa tahun lalu, persatuan negeri sepatutnya bertukar status daripada amatur kepada profesional.

Tetapi, apa yang berlaku ketika ini, pemain bertaraf profesional, tetapi persatuan negeri masih di takuk lama. Tetap amatur.

Jika ini yang berlaku dan tidak diubah, matlamat yang disasarkan dalam tempoh 12 tahun akan datang, hanya tinggal impian.

Kemungkinan besar, dalam tempoh beberapa tahun akan datang, sasaran itu akan dianjakkan kepada beberapa tahun lagi dan amalan ini juga akan berlaku berulang kali.

Mempunyai hajat besar, tidak salah dan tidak boleh dipersalahkan. Tetapi, apabila bercita-cita besar, kita sepatutnya mempunyai perancangan yang besar. Pengorbanan yang dilakukan juga mesti besar.

Jika matlamat itu masih juga sukar dicapai, kerana sebenarnya memang kita sukar mengubah tabiat lama, hanya satu cadangan yang mampu memenuhi matlamat itu.

FAM perlu memohon menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018 atau 2022 atau empat tahun selepas itu, atau pada bila-bila masa selepas ini, kerana kita pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia Remaja 1997, dan sebagai tuan rumah, kita selalu dipuji sebagai penganjur kejohanan paling baik.
 
Back
Top
Log in Register