BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Sukan

Agree and disagree!...

Cuma pada pendapat wa ada faktor2 lain gak yang mempengaruhi perkembangan sukan di Malaysia ni...kalau kita katakan sukan tak berkembang/merosot, ya mmg ada..tetapi mungkin kurang adil sebab ada sukan-sukan yang ada di Malaysia turut berkembang dengan baik...contoh nya squash, badminton, bowling padang, bowling, permotoran dan mungkin beberapa sukan lain.

Jadi mungkin it's a high time for us..untuk memasukkan elemen2 lain dalam sukan seperti sains sukan...kebanyakkan negara-negara didunia telah lama ada benda ni...masalah kita bila bertanding di luar, perubahan cuaca la...makanan...dan semangat juang yang kdg kala kita sendiri pun heran...

Napa di Malaysia tak buat satu stadium tertutup yang kita boleh kawal suhu nak naikkan suhu..nak turunkan suhu..nak bubuh sajli ke.....(mebe ni contoh kurang tepat)..alasannya..kita mungkin bertanding di negara-negara yang beriklim sejuk...mungkin ada faktor logik juga di sini...

so Kementrian Belia dan Sukan kena mula bertindak....demi memajukan sukan di negara kita..majulah sukan untuk Malaysia...

huhuhu
 
Tapi bab2 sukan, yang membanggakan aku, squash..

Bleh pegi jauh lagi malaysia kalau MSN lebih tumpu lagi pada squash ni..

Nicol David tuh, aku mmg syg sesangat kat dia.. hehe
 
pemain malaysia ni satu jer... jangan bg perhatian sgt br boleh main dan menang... tapi bila dah diberi perhatian sikit..cthnyer lepas mng pergi sambut kat airport ker buh kalung la... apala... lepas tu main hampeh !!!!... cam tu la senario pemain malaysia... dah diberi perhatian oleh media sikit dah nak berlagak.... ni cuma pendapat aku la... mungkin tak sama ngan korang... tapi itula realitinye.....
 
aprioq said:
pemain malaysia ni satu jer... jangan bg perhatian sgt br boleh main dan menang... tapi bila dah diberi perhatian sikit..cthnyer lepas mng pergi sambut kat airport ker buh kalung la... apala... lepas tu main hampeh !!!!... cam tu la senario pemain malaysia... dah diberi perhatian oleh media sikit dah nak berlagak.... ni cuma pendapat aku la... mungkin tak sama ngan korang... tapi itula realitinye.....

Tul gak cakap ko tuh.. Ade yang menang skit, bagi tanah, bagi rumah, kete, ahh memacam lagila..

Kan bagus kalau drp bagi mende memahal cam2 lagi baik di Upgrade kan utility untuk diorang ni training.. So next time, mereka punye skill, stamina ape2 je lah sume boleh improve..
 
dan lagi banyak sukan dianaktirikan...mengapa jadi cenggitu?? apa ingat sukan2 lain tu takleh blah ke...tgk lawn bowl dan golf...begitu juge ngan equestrian dan karate...sian sukan2 tu...bagus btol kalu ada org badan sukan baca thread ni...baru terbuka bijik mata depa tuuu...jangan tak tau CG ni ramai pengulas sukan, pengkritik sukan dan pemain sukan yg berwibawa...huhuhuhu....
 
kekekek.... ramai pengulas kat sinikan....

ok... bab sukan ni sebenarnya mula dari masa kecik..
masa sebelum sekolah lagi perlu ditanam minat mereka...
kalu sibuk nk dibentuk masa sekolah ni kan plak masa da remaja ni lemau sket la...

bagi aku sukan kan malaysia ni memang ada banyak yang bleh g taraf dunia... tapi sampai bila bleh bertahan??? ada ke pelapis??

:roll: Bowling pun da mula senyap je??
:roll: squash- harapkan budak tu je... dia pun da mula ego 'rakyat malaysia sentiasa mengharapkan yang lebih2' ulasan selepas gagal ke final masa sukan komanwel yg baru ni.
:roll: Bolasepak- semakin kebelakang, sedangkan bola merupakan sukan utama di kebanyakan negara.. bolasepak gak la yang menaikkan nama sesebuah negara...
:roll: badminton-mana pelapisnya pemain yang ade memang bagus tp x konsisten. sampai ke rubber set kompom kalah dengan tekanan... main pun sambil lewa je...
:roll: takraw- ade lagi ke kat Malaysia ni... nampak x orang main petang2. kalu aku masa budak2 dulu melambak orang main...

sukan2 utama ni memang patut diberi tekanan yang membina.... sokongan dari media memang sangat digalakan..
rangcangan realiti berasaskan sukan patut dikembangkan....
 
Dari pengamatan aku..Malaysia lebih menonjol dalam sukan yang menggunakan skil berbanding dgn fizikal..sebab dalam sukan antarabangsa, kalau Malaysia masuk..kene compete dgn mat salleh yg badan besar..so fizikal kite kalah..tapi cube tangok sukan yang menggunakan skill seperti badminton, squasy sebagai contoh..kite antara yang terbaik di dunia..
Itu pendapat aku je laa.. :badgrin:
 
Aku tgk pelari dari negara miskin di afrika lari kaki ayam ohh
tapi leh champion (marathon dan jarak jauh) kat malaysia
kalo takder kasut tak nak lari... kasut pula branded tu..mahal ohh
Contoh di atas...melambangkan cam mana attitude atlet kita.

Satu lagi...ibubapa selalu kata kat anak..."belajar tinggi2, besar nanti
senang cari kerja dan gaji pun besar" tak ada yg kata kat anak "main bola
pandai2 atau lari laju2... nanti leh jadi jutawan"..huhh betulkah ayat aku ni ???... apa yg nak aku katakan ialah bagaimana persepsi masyarkat kita
terhadap bidang sukan. Tanya diri kitalah..berapa kerat diantara yang galakkan anak2 pi memajukan diri dlm bidang sukan ?? So...aku rasa tanggungjawap untuk memajukan atau memperkasakan bidang sukan di Malaysia ni...bukan hanya terletak pada kerajaan atau pertubuhan2 sukan semata..ibubapa juga perlu memainkan peranan sama.

Betulkan kalo pendapat aku ni salah.
 
saje nk off topik skit

Urus niaga Brazil ditutup

SAO PAULO - Warga Brazil yang menggilai bola sepak, akan menutup perniagaan lebih awal bulan depan apabila pasukan mereka mempertahankan Piala Dunia dan bertarung untuk mencipta rekod meraih gelaran keenam di Jerman.

Pasaran saham Sao Paulo, Bovespa dan Bank Persekutuan Brazil merancang penutupan dua jam lebih awal pada hari negara itu bermain.

Pasaran saham utama di Amerika Selatan, mengumumkan kelmarin bahawa pada 13 dan 22 Jun, urus niaga akan ditutup lebih awal ‘bagi membolehkan kakitangan, pengendali dan pelabur menonton perlawanan Brazil’.

Pada penutupan operasi pasaran hari itu, tidak akan ada perniagaan ‘selepas pasaran’, kata Bovespa dalam satu kenyataan.

Kesemua pasaran kewangan Brazil akan lumpuh apabila Brazil yang merangkul gelaran dunia pada 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002 beraksi di padang.

Bank Persekutuan Brazil mengumumkan Khamis lalu, akan menyingkatkan waktu operasi pada hari Brazil bermain.

Brazil tidak pernah memenangi Piala Dunia apabila mereka bermula sebagai pilihan utama kejohanan dan tidak pernah berjaya mempertahankannya di Eropah.

Namun semuanya tidak melemahkan penyokong di tanah air kerana satu pungutan suara umum yang diterbitkan Khamis lalu, menunjukkan bahawa 79.8 peratus warganya, yakin mereka akan membawa pulang rekod enam gelaran itu.

- AFP
 
NAk Masuk Pentas Dunia!!!!!
Atau Sekadar nk Sedapkan Hati FAM yang berkelana Ni......

Sasaran tak masuk akal:badgrin:
Oleh Lokman Zainal Abidin

DALAM ranking 146 dunia, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih berani meletakkan sasaran 2018 sebagai tahun Malaysia beraksi di pentas Piala Dunia.

Ia seperti tidak masuk akal dan bakal menjadi bahan gurauan dari semulia-mulia Dewan Rakyat hinggalah ke sidang kedai-kedai kopi.

Namun itulah keyakinan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, semalam.

Beliau bagaimanapun meletakkan syarat sebelum ke Piala Dunia, skuad negara harus terlebih dahulu membawa pulang pingat emas Sukan Sea 2009.

Soalnya apakah taraf Sukan Asia Tenggara itu boleh dijadikan ukuran keupayaan Malaysia sedangkan kita tidak pernah layak beraksi di pentas Piala Asia.

Dr Ibrahim menegaskan sasaran itu bukanlah suatu yang mustahil jika semua pihak tampil menghulurkan bantuan dan idea untuk merealisasikan hasrat itu.

“Dalam bola sepak, bukan hanya FAM yang bertanggungjawab tetapi kerajaan, badan bukan kerajaan, ibu bapa serta semua rakyat Malaysia perlu memainkan peranan. FAM hanya lah satu badan induk dan kita tetap berusaha untuk memajukan bola sepak di negara ini.

“Berilah kami masa. Kami sudah menetapkan Piala Asia yang bakal berlangsung Jun tahun depan sebagai kayu pengukur. Jika bola sepak negara tidak juga berubah selepas itu, maka kami terpaksa akui ada yang tidak kena dengan badan induk ini,” ujarnya.

Sebelum ini, badan induk itu melalui Timbalan Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meletakkan angka 2014 untuk Malaysia layak ke Piala Dunia.

Berdasarkan pencapaian skuad negara yang semakin tidak menentu, FAM berasakan perlu menambah empat tahun lagi menjadikan sasaran 2018.

Ini bermakna pucuk pimpinan FAM, termasuk Dr Ibrahim sendiri mempunyai tempoh 12 tahun lagi untuk mengotakan sasaran itu.

Ibrahim juga menyebut mengenai pentingnya program pembangunan di peringkat akar umbi terutama di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Begitupun, beliau berkata, FAM tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan setiap sekolah di negara ini supaya menjalankan program pembangunan bola sepak kerana ia adalah di luar bidang kuasa badan induk berkenaan. :roll: :roll:
 
Back
Top
Log in Register