BTC USD 81,608.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia rempit ibarat neraka

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Hasan sudah meninggalkan dunia rempit sejak akhir tahun lalu.
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU - Neraka dunia! Itulah gambaran diberikan bekas samseng jalanan atau mat rempit yang baru sahaja meninggalkan dunia rempit akhir tahun lalu setelah insaf dengan kehidupan tidak bermoral dan tiada hala tuju.

Kakitangan awam yang mahu dikenal sebagai Hasan Amri, 27, memberitahu, penglibatannya dengan dunia rempit bermula sekitar 2009 sebaik sahaja keluar dari sebuah universiti di utara tanah air.

Menurutnya, keinginan untuk mencuba aksi mat rempit timbul sejak sekolah rendah lagi kerana pengaruh gejala tersebut yang menular di kawasan tempat tinggalnya, menyebabkan dia terjebak.

“Saya sedar dunia rempit tiada kesudahan. Apabila kita jatuh, kita bangun balik tetapi kembali buat perkara tidak senonoh. Sedangkan kita perlu pandang ke hadapan, berfikir untuk berkeluarga dan sebagai orang Islam kita sudah tentu perlu kembali kepada agama.

“Lagipun, di dalam dunia rempit atau dipanggil ‘sek congek’, macam-macam sifat neraka kita boleh tengok, perempuan pakai baju tetapi macam bertelanjang, ada yang bersekedudukan, main dadah dan mencuri.

"Bagaimanapun, tidak semua berperangai begitu kerana ada dalam kalangan mereka yang sembahyang cukup lima waktu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Hasan mengakui dia bukanlah mat rempit tegar kerana dengan pendidikan tinggi dimilikinya, unsur-unsur tidak bermoral itu tidak diikutinya kecuali hanya berlumba beramai-ramai tanpa melibatkan sebarang pertaruhan.

Baru sahaja mendirikan rumah tangga dan menjawat jawatan tetap sebagai kakitangan awam, Hasan mengakui bimbang sekiranya anak-anak terikut atau terkena ‘badi’ dosa silamnya.

Tak pernah serik

Mengimbas kembali pengalamannya, Hasan berkata, dia menyertai sebuah kelab motosikal bernama 71 Club, malah terdapat banyak kelab motosikal lain antaranya Benetton, 69, Back Green, Kaki Motor 99, Dark Eagle, JT Racing, Kiss Lifestyle dan sebagainya.

Sepanjang penglibatannya dalam kegiatan haram itu, Hasan mengakui pernah dipukul polis di Wakaf Beruas kerana lari daripada sekatan jalan raya, selain turut mengikuti lumba haram sehingga larut malam.

“Saya tidak pernah bertaruh tetapi telah menghabiskan kira-kira RM13,000 sepanjang empat tahun terlibat dalam dunia rempit kerana mahu menunjukkan kehebatan dari segi cara pemakaian dengan menghabiskan duit gaji serta duit pinjaman,” katanya.

Hasan bagaimanapun bersyukur kerana bebas daripada perkara tidak bermoral lain seperti mencuri alat ganti motosikal yang banyak berlaku dalam dunia rempit sehingga kawan sanggup mencuri motosikal kawan sendiri untuk tujuan modifikasi kenderaan masing-masing.

Apa yang menyedihkan katanya, mat rempit yang meninggal ketika berlumba haram hanya ditinggalkan begitu sahaja oleh rakan-rakan.

“Ada satu kepercayaan mat rempit iaitu kalau kita pergi tengok rakan meninggal, maknanya tidak lama lagi giliran kita pula.

“Bagaimanapun, ketika jiwa masih dengan aktiviti rempit tiada rasa insaf langsung walaupun rakan sendiri meninggal ketika melakukan aksi bahaya di jalanan, rasa takut cuma beberapa hari kemudian aktiviti rempit diteruskan seperti biasa,” katanya.

Hasan berkata, penguatkuasaan semata-mata tidak berkesan dan menganggap ibu bapa merupakan penyumbang utama dalam membanteras aktiviti tersebut.

Penagih dadah bukan mat rempit

Seorang lagi bekas mat rempit turut memberitahu keinginan bersara dari dunia rempit timbul selepas berkahwin pada 2008.

Azmi (bukan nama sebenar), 27, berkata, dia terbabit sejak tahun 2000 dan pernah memenangi pertaruhan berjumlah RM800 dalam satu perlumbaan haram yang dijalankan di Durian Burung antara jam 12 hingga 1 pagi melibatkan perlawanan satu lawan satu.

“Duit yang diperoleh itu saya bahagikan sama rata dengan mekanik yang melakukan ubah suai terhadap motosikal saya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini, dia masih lagi menonton dan kadang-kadang mengikut kumpulan mat motor memenuhi jalan raya pada hujung minggu sambil membawa anak dan isteri, namun menegaskan tidak berlumba tetapi sekadar melepaskan kerinduan zaman mat rempit yang ditinggalkan.

Azmi berkata, isu mat rempit boleh ditangani sekiranya mereka diberi peluang atau tempat yang sesuai untuk golongan terbabit melepaskan ‘gian’ berlumba tanpa membahayakan pihak lain.

“Terengganu kurang penganjuran program untuk mat motor seperti Sprint Test. Macam tahun baru, tiada aktiviti mat rempit sebab ada Sprint Test. Sekarang ini, aktiviti rempit masih berlaku sebab tiada tempat berlumba,” katanya.

Mengulas mengenai isu dadah dan ragut yang turut berlaku dalam kalangan mat rempit, Azmi mempertahankan bahawa mat rempit tidak melakukan perbuatan seperti itu.

Menurutnya, mat rempit sebenar lebih suka melakukan modifikasi kenderaan mereka untuk menambah kelajuan serta mempamerkan gaya dan pakaian yang mahal bagi tujuan menunggang motosikal.

Katanya, penagih dadahlah mencemari dunia rempit sehingga golongan yang benar-benar merempit turut tersepit dengan tuduhan sedemikian termasuk ragut yang dilakukan.

Walaupun mat rempit sering kali mengubah suai motosikal, Azmi berkata, mereka menghimpunkan wang sesama sendiri sama ada menggunakan wang menang pertaruhan, gaji atau mereka sendiri anak orang berada.

“Mat rempit dan penagih dadah lain. Penagih dadah bukan mat rempit sejati tetapi kerana mereka mengikut aktiviti rempit dalam kumpulan terlibat dan melakukan ragut, maka orang melabel itu adalah mat rempit. Ini mencemarkan nama mat rempit,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/dunia-rempit-ibarat-neraka-1.240724
 
Last edited:
jiwa muda, da kawen main superbike plak...
 
2009 start berjinak.. x best arr time tu.
taon 2004 la syok time tu edisi siasat baru start
polis mengila nak tunjuk kat media
time tu satu dataran moto penuh smpai kete x leh masuk..
 
Tahun 99 aku dah ter join aktiviti rempit....masa tu kat jalan tabung haji kl :-).......tahun 2003 ter join geng kete plak....
.kesas...dr simpang usj ker simpang proton :-)
 
Last edited:
baguslah gitu, semoga jadi insan yang positif.. kehkehkeh
 
ni neraka buatan sendiri,, bahalol spesis sampah,...sdiri cr penyakit..
 
entah2 artikel rekaan je.. mcm da xde topic
 
Back
Top
Log in Register