balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Kelewatan bantuan kemanusiaan di Gaza dipercayai menyebabkan kekecewaan penduduk di situ semakin memuncak. Gambar kecil: Daccord.
< 1 / 1 >
PUTRAJAYA - Di sebalik pelbagai janji dan komitmen diberikan masyarakat antarabangsa untuk membantu membina semula Gaza selepas diserang Israel, Julai lalu, hanya sedikit bantuan yang benar-benar tiba di wilayah Palestin itu.
Ketua Pengarah Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Yves Daccord berkata, kelewatan bantuan kemanusiaan di Gaza menyebabkan kekecewaan penduduk di situ semakin memuncak.
“Situasi semasa di Gaza amat sukar. Saya bimbang dengan keadaan di sana. Hanya sedikit program (di Gaza) yang mula menunjukkan hasil.
“Respons daripada masyarakat antarabangsa sangat perlahan. Mereka berikan komitmen besar tetapi sehingga kini, tiada apa-apa tindakan. Bukan saja di Gaza, di Tebing Barat juga penduduk Palestin sedang melalui masa yang sukar. Ketegangan di sana sangat tinggi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa lawatan kerjanya di Malaysia, baru-baru ini.
Menurutnya, perang terbaru selama 51 hari yang dilancarkan rejim Israel ke atas Gaza pada Ramadan lalu menyebabkan lebih 2,000 orang terbunuh, 16,000 hingga 20,000 orang cedera dan lebih 15,000 rumah musnah.
Sementara itu, Daccord berkata, ICRC juga berurusan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam usaha untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang tinggal dalam wilayah dikuasai kumpulan itu.
“IS adalah kumpulan bersenjata tetapi mereka mengawal kawasan yang dihuni lebih 10 juta orang jadi sebagai badan kemanusiaan, objektif kami adalah untuk memikirkan apa yang diperlukan orang ramai.
“Jadi dalam kes IS ini, kami cuba untuk berurusan berdasarkan kemanusiaan semata-mata dan secara jujurnya, amat sukar untuk berbuat demikian,” katanya.
Katanya, ICRC yang mempunyai 14,000 kakitangan profesional di 84 negara berpegang pada tiga prinsip utama iaitu kemanusiaan, saksama dan neutral.
Menurutnya, prinsip ini membolehkan ICRC memberi bantuan berdasarkan keperluan dan bukan berdasarkan agama, budaya atau pegangan politik.
Mengulas mengenai penggunaan media sosial sebagai alat propaganda dalam mana-mana konflik termasuk di Gaza, beliau berkata, platform komunikasi terbaharu itu mengubah bidang kemanusiaan secara dramatik.
“Saya berpendapat media sosial sangat berkuasa, sangat positif tetapi orang ramai perlu jaga batasan. Ada yang gunakan media sosial sebagai alat propaganda. Contohnya di Ukraine, semua pihak berterusan menghantar mesej propaganda, dan juga di Gaza semasa perang tempoh hari. Apabila ini berlaku, sukar untuk kita mendapatkan maklumat yang betul,” katanya.
Namun katanya, dari sudut positif, media sosial membantu orang ramai memaklumkan masalah dan keperluan mereka dengan lebih cepat kepada badan kemanusiaan seperti ICRC.