BTC USD 83,727.0 Gold USD 4,119.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

duit hasil forex halal ke haram??

boleh jadi juga. tapi apa usaha kita untuk cuba keluar dari sistem riba ini? ke dah terlalu nikmat sampai nak teruskan sehingga kiamat.

kita pernah usaha ke selama ni utk keluar dari sistem ni? gagal tu belakang kira, tapi nawaitu dan usaha tu diambilkira juga di padang Masyar nanti.

untuk diri aku,byk yg aku dah buat,masih buat dan akan terus buat...utk org lain xtau la tuan...itu atas masing2 lah...ilmu tu dah ada,masing2 dah tau halal haram,baik buruk segala...nk buat tu hal yg lain...usahkan kita org biasa, yg ustaz pak imam pak aji pun blm tentu lagi blh aplikasi byk hal dgn alasan masing2...wallahualam...
 
Org islam sekarang mana peduli halal atau haram.. Janji masyuk...aku dah tanya ramai ustaz semua rujuk ustaz zaharuddin sebab dia arif.... Tapi sapa tak nak ikut sudahlah.. Kubur masing masing
 
sekarang ni banyak money game

taknampak apa yang dibeli.

kalau nak berniaga elok la berniaga benda2 yg nampak, yang boleh dipegang. hati pun puas
 
Haram main forex dalam talian, kata mufti Perlis

Mohd-Asri_forex_haram_ringgit_600.jpg

Asri berkata, terdapat unsur maisir dan gharar dalam perdagangan forex dalam talian.

GEORGE TOWN: Jabatan Mufti Perlis mengeluarkan fatwa melarang perdagangan dalam pertukaran mata wang asing atau forex dalam talian.

“Perdagangan forex dalam talian perlu dihentikan segera.

“Kami mendapati platform forex, sama ada di dalam atau luar negara adalah haram,” kata Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

Beliau berkata, secara amnya, pertukaran mata wang asing membabitkan wang tunai dibenarkan kerana ia adalah pertukaran satu-kepada-satu dan serta-merta.

Bagaimanapun, katanya, spekulasi dan perdagangan forex dalam talian adalah haram berdasarkan beberapa sebab.

Beliau berkata, sebab utama ialah kekurangan tunai sebenar melalui “hakiki atau hukmi”, selain wujud unsur riba yang dimanfaatkan melalui kemudahan seperti pinjaman tunai ditawarkan platform forex.

“Terdapat juga unsur maisir (judi) yang mendedahkan pedagang kepada peluang keuntungan atau risiko kerugian kerana bergantung kepada spekulasi pergerakan nilai mata wang di luar kawalan, usaha dan pengaruh pihak yang berurus niaga.

“Unsur gharar (ketidakpastian) juga wujud bagi penyedia platform dan kekurangan undang-undang memantau perdagangan serta kesahihan transaksi,” katanya.

Difahamkan, fatwa itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.


http://www.freemalaysiatoday.com/ca...am-main-forex-dalam-talian-kata-mufti-perlis/
 
Dr MAZA dah keluarkan pendapat
beliau. Terpulanglah kpd masing2.

Setakat ni saya masih berpegang kpd
pendapat Ustaz Dusuki Abd Rani. Harus
katanya. Boleh memorex. Sekian.


.
 
aku main sports betting. mmg x kalah sebab aku bet dgn ilmu. study statistic, check possession, attack on goals, head to head records. bukan main tikam je.

bkn nk tanya psl hukum.....memang terang2 dh tahu.tapi rasanya xde beza dgn yg bijak pandai forex kot

#statement cari pasal
 
Kalau korang belajar muamalat kat sekolah agama pasti korang tahu apa tu kewujudan ketakpastian pada suatu urus niaga dan profitnya itu ada unsur riba, gharar, dan maisir itu jelas hukumnya haram. Dalam forex riba dan maisyr itu jelas.. dan gharar boleh jadi solid no clue dan juga samar2.. bagaimanapun 2 daripada 3 kejelasan hukum haram itu sudah ada pada forex,.. terpulang menilainya.. :)
 
Back
Top
Log in Register