BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Duit Bukan Segalanya..

kelicap

Active+ Member
Messages
3,562
Joined
Feb 7, 2011
Messages
3,562
Reaction score
144
Points
33
Geng,

Kita lupakan kisah Amira semalam. Alhamdullilah Amira sudah hidup senang sekarang. Dia sudah bina hidup baru di Johor. Kepada kengkawan yang bersemangat untuk menderma dan membantu Mira memang saya hargai dan perlu dicontohi oleh kita semua.

Kepada mereka yang bergenang air mata, menangis dan hiba di hati..saya mohon ampun dan maaf. Tiada niat di hati untuk mengguris perasaan kalian semua..

Hari ni saya paparkan satu lagi kisah yang mungkin menarik untuk kita kongsi bersama. Tak perlu menangis..simpan air mata anda..esok jer kita nangis ya..

Perlu diingatkan kisah yang saya tulis tidak dicedok dari mana-mana sumber seperti yang di desas desus kan semalam. Saya bukan peminat tegar majalah Mastika, so mana mungkin saya tau dan nak cedok cerita dari Mastika.

Kalau berlaku, mungkin secara kebetulan jalan cerita agaknya..

Jom kita layan kisah ni pulak..

Kerana duit kita sanggup bunuh orang..Kerana duit kita sanggup bergadai nyawa untuk mendapatkannya. Kerana duit jugalah Kita terkadang hilang kawan waima kehilangan adik-beradik pun ada..

Semuanya kerana duit..Mungkin lirik lagu Duit nyanyian M.Nasir boleh kita renungkan dan dapat menceritakan segalanya.

Saya mengajak para pembaca sekelian untuk termenung sejenak tentang paparan kisah yang begitu tragis dan amat menggoncang jiwa saya walau pun kisah ini berlaku 11 tahun yang lalu..

Pada awal tahun 2001 jiran sekampung saya telah terbunuh ditembak polis dalam kejadian rompakan bank di Pulau Pinang. Kejadian itu berlaku pada petang akhir Ramadhan iaitu sehari sebelum kita menyambut Aidilfitri. Mungkin geng CG kat Penang ingat kisah ni kot..

Berita ini pernah terpampang di dada akhbar dan pernah menggemparkan negara.

Seingat saya berita tersebut bertajuk..Maut di akhir Ramadhan..
Dengar cerita dari isterinya, kononnya si suami balik lewat sikit untuk pulang ke kampong kerana banyak urusan yang masih lagi belum diselesaikan.

Pada pagi sebelum kejadian arwah suaminya ada menelefon anak-anak bertanya khabar dan berjanji dengan anak-anaknya pada malam raya nanti abah akan balik ke kampong untuk menyambut Aidilfitri.

Dalam perbualan telefon pada pagi itu, si arwah dengan penuh nada ceria dan gembira berjanji dengan anak-anaknya bahawa dia akan membawa balik bunga api dan baju raya baru untuk anak-anak kesayangannya.

Semua anak-anak arwah melonjak gembira akan janji manis bapanya dan melompat lebih tinggi bila bapanya berjanji untuk membawa balik bunga api banyak-banyak.

Pada malam hari (malam raya) dalam sekitar jam 8.00 malam, si isteri dengan anak-anak baru saja selesai berbuka puasa buat ramadhan yang terakhir. Si isteri sibuk di dapur merebus ketupat, anak-anak sibuk bermain di laman sambil menyalakan lampu likur.
Meriah sungguh suasana malam raya masa tu.

Anak-anak menjerit-jerit memanggil emaknya. ‘Mak..abah bila nak sampai ni? Lambatnya abah balik… Mak..malam ni abah balik kul berapa? Lambatnya abah sampai..tak sabar nak tengok abah balik bawak bunga api.

Mak..kalau abah telefon nanti..cakap kat abah balik cepat tau..cakap kat abah jangan lupa bawak balik bunga api yang abah janji tu..Mak..jangan lupa tau..!!!

Emaknya hanya tersenyum mendengar jeritan anak- anaknya.. Hanya mampu menjerit dari ceruk dapur..Ya lah..nanti emak cakapkan. Kalau abah telefon nanti emak cakapkan ya...Main elok-elok kat bawah tu..jangan main api..esok nak raya.. Terbakar muka nanti tak dapat nak beraya esok..

Habis sahaja emaknya menjerit ingatkan anak-anaknya, telefon rumah pun berdering. Berlarilah si isteri ni untuk menyambut panggilan itu. Dalam hati penuh gembira, laki aku yang telefon ni.

Hello..Assalamualaikum. Ini Puan XXXXXX ke? Suami Puan bernama Encik XXX XXXXX? Alamat Puan sekarang ini ialah XXXXXX. Suami Puan bekerja di Pulau Pinang ?

Ya saya..siapa ni? Minta maaf Puan.. Saya dari IPK Pulau Pinang, saya harap puan dapat bersabar banyak-banyak. Suami puan telah terlibat dalam rompakan bank petang tadi di sini.

Dalam kejadian tembak menembak petang tadi, suami puan tidak dapat diselamatkan. Saya minta maaf puan. Sebentar lagi akan hadir anggota polis dari IPK di sana untuk membawa puan ke Pulau Pinang bagi urusan pengecaman mayat dan urusan penghantaran membawa jenazah pulang.

Pada hemat para pembaca sekelian lah..Apa agaknya perasaan si isteri ni apabila mendapat berita sebegini rupa?

Macam mana caranya seorang emak ni..yang sedang sibuk merebus ketupat di dapur tadi..untuk menceritakan segalanya kejadian yang berlaku kepada anak-anaknya yang sedang menunggu kepulangan bapanya yang katanya akan membawa bunga-api banyak-banyak..?

Apa ayat yang patut dipakai untuk menerangkan itu semua...

Mak..siapa telefon tadi? Abah ke mak? Abah kata apa mak? Abah jadi balik kan malam ni? Emak..jawablah..kenapa diam..??

Segala apa yang berlaku, memang menyentuh perasaan saya. Malah, walau pun kisah ini telah 11 tahun berlalu..kisah ini masih segar dalam benak fikiran saya dan ketika kisah ini pun, saya terasa sakitnya seolah-olah saya dapat merasakan apa yang anak-anak arwah ni rasa.

Tak tercapai akal saya, apa pulak yang dirasai oleh emak kepada anak-anak ini. Para pembaca fikirlah sendiri..saya dah tak mampu nak fikir..

Saya cuma nak menarik minda pembaca sekelian betapa kisah ini amat menyesakkan jantung kita semua. Kesanggupan seorang bapa yang tidak berduit, tergamak merompak bank untuk membelikan baju baru dan bunga api untuk anak-anak.

Sanggup berkorban hingga habis nyawa demi anak-anak.Walau pun kesedihan tidak dapat dibendung, tapi pada saya langkah seorang bapa ini untuk bertindak sebegitu rupa amatlah dikesalkan dan tidak berapa pandai.

Bapa ini cuba untuk menjadi Robin Hood..tetapi sebenarnya dia gali kuburnya sendiri. Nah..sekarang dia terima padahnya. Bukan begitu caranya kalau sayangkan anak. Sanggup bergadai nyawa untuk nak cari jalan mudah bagi mendapatkan wang yang banyak, akhirnya dia sendiri tak dapat guna duit itu, malahan dia pun sudah tiada lagi di dunia yang fana ini.

Yang tinggal hanya deraian airmata isteri dan anak-anaknya. Itu lah bekalan yang dia tinggalkan untuk keluarganya..airmata..!!

Banyak cara lagi kalau teringin nak membahagiakan keluarga. Tidak perlu rompak bank. Paling tidak pun, kehadiran kita disamping keluarga pada malam raya tu, sudah cukup membahagiakan keluarga kita.

Anak-anak tidak kisah tentang bunga api dan baju raya tu sebenarnya. Mereka lebih suka kalau bapa mereka ada disisi pada pagi raya. Itulah hari raya yang sebenarnya bagi mereka.

Buat arwah yang telah pergi akibat mati ditembak, saya doakan semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa yang telah dilakukan. Mana lah tau..berkat mati di petang Ramadhan akan mendapat keampunan dariNya..

Sejahat mana pun kita ni diatas dunia dan mati dalam keadaan ditembak polis ketika sedang merompak, kuasa Allah boleh merubah segalaNya..rahmat Allah tidak ternilai dek kebaikan kita.

Siapa kita untuk menghukum seseorang itu, baik atau jahatnya cara kita mati, Allah sahajalah yang maha mengetahui..

Al-Fatihah buat jiran sekampungku..semoga Allah mencucuri rahmat hendaknya..

Duit bukan segalanya..hanya sekeping kertas yang berwarna dan tertulis nombor..itu sahaja..

Nyawa boleh melayang hanya sekeping kertas yang bo.doh ni..

Dah jangan nak menangis kat sini..keluar kau dari sini..menangis konon..hehehe(petikan dialog ibu mertuaku..)

Jumpa lagi..hehhee..

abih semua nak dilupakan ... settle nyer tak??

ok kita lupakan jer thread ni... Boleh...

yerlah kalau akhirnyer pun akan dilupakan begitu sahaja!!!!!!
:eek::eek::eek:
 
TT bg no akaun jiran bro...nati bole tlg :)cgrock:)cgrock
 
Oh tt bc eh komen kat sebelah
Tp x nak update:">

Mcm mana tt tau Amira dah senang skrg?:-?
Jumpa ke?:-?
 
abih.. tulis skrip dia... pengarah dia... dia taulah ceritanyer...:D:D:D
 
abih semua nak dilupakan ... settle nyer tak??

ok kita lupakan jer thread ni... Boleh...

yerlah kalau akhirnyer pun akan dilupakan begitu sahaja!!!!!!
:eek::eek::eek:

boleh..no hal...lepas baca kita blah lah..kita baca thraed lain plak..hehehe:eek::eek::eek:
 
Ooo alamak igtkn perompak mana tembak ayah diorang ni.. Erm mungkin sangat terdesak tu ..
 
sedih gak cite ni,,tapi kisah amira tu mmg x terungkap kesedihannya
 
Back
Top
Log in Register