BTC USD 83,834.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duit BR1M hangus

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Md Sohaimi (tengah) menyampaikan duit sumbangan daripada JKM kepada Norhayati di Felda Bukit Sagu, semalam.
< 1 / 1 >
KUANTAN – Bukan sahaja tinggal sehelai sepinggang, malah wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diterima baru-baru ini juga turut hangus terbakar.

Norhayati Ibrahim, 35 dari Felda Bukit Sagu di sini hilang tempat tinggal dan harta benda apabila rumah yang didiami enam beranak itu terbakar 1 April lalu.

Menurutnya, mereka sekeluarga tinggal menumpang di rumah tersebut sejak dua tahun lalu kerana tidak mempunyai rumah lain.

“Pendapatan suami sebanyak RM1,000 sebulan hanya mencukupi untuk makan dan belanja anak-anak sahaja.

“Mujur ada saudara yang memberi kami tumpang di rumah ini tanpa bayaran, tetapi diduga pula dengan kebakaran,” katanya.

Sehubungan itu, Norhayati berharap agar mereka peroleh bantuan rumah untuk teruskan hidup bersama empat anak mereka yang berusia antara dua hingga 10 tahun.

“Untuk membeli rumah kami memang tidak mampu, tetapi jika dapat bantuan rumah mesra rakyat dan PPRT sudah memadai untuk kami,” katanya.

Nasib keluarga ini mendapat perhatian daripada Adun Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah.

Menurut Md Sohaimi, bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah disampaikan sebanyak RM1000 dan kini dalam proses untuk bantuan daripada pihak lain seperti kerajaan negeri dan juga Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip).

“Saya harap keluarga ini tabah dan akan memanjangkan perkara ini kepada pihak atasan supaya nasib mereka dapat dibela.

“Sehubungan itu, saya juga mengalukan apa-apa bantuan yang sesuai untuk diberikan kepada mereka setelah kehilangan harta benda dalam kebakaran tersebut,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga ini boleh menyampaikan sumbangan mereka di Bank Islam (06019020768100) atas nama Sheikh Zubir Ali.
 
boleh buat permohonan baru BRim tu...
 
Ramai lg yg miskin papa kedana kt msia ni.dh 50thn merdeka tp miskin ttp miskin.dsr kerajaan mmg x blh pakai.
 
Menurut Md Sohaimi, bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah disampaikan sebanyak RM1000 dan kini dalam proses untuk bantuan daripada pihak lain seperti kerajaan negeri dan juga Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip).

kan bagus kalau semua org susah dapat bantuan segera macam ni.. tak perlu tggu kelulusan la permohonan la.. boleh jer sebenarnyer...
 
nak minta bantuan banyak songeh sebab tu le ramai yang berkelayakan tak dapat kena tunggu masuk akhbar baru nak dapat gaknya...nampak sangat cam pihak yang berkenaan tak buat kerja.
 
adeh kesian kat nasib mereka ni, nasib baik ada yang membantu..
 
rumah terbakar tp wartawan lg kisah duit br1m tu
 
duit brim lg berharga dari rumah..
 
Back
Top
Log in Register