BTC USD 84,629.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duhai SAHABATKU..

potensipips

Active Member
Messages
1,515
Joined
Mar 6, 2011
Messages
1,515
Reaction score
201
Points
33
Duhai SAHABATKU..

Assalamualaikum..sahabatku sayang..
Salam terindah kukirimkan,
salam sejahtera penghuni syurga,...
salam yang harumnya bak kasturi,
sejuknya melebihi embun pagi,
salam sehangat mentari waktu dhuha,
salam sesuci air telaga kauthar,
salam penghormatan, kasih dan persahabatan yang tiada pudar dalam setiap musim dan peristiwa..
salam ukhuwah kerana ALLAH..
Duhai sahabatku sayang..
Moga dirimu kekal dalam pemeliharaan ALLAH s.w.t..
Sesungguhnya dunia ini tidak semestinya indah seperti yang diharapkan..
Semoga dirimu sentiasa tabah selalu..
Andai aku bisa menepis dugaan yang menyinggah..apa bezanya dirimu..bukankah begitu, duhai sahabatku..
Teguhlah menggenggam prinsip2 yang suci..tetaplah dalam agama yang suci..
Cinta ALLAH akan bercambah mekar pada hati yang selalu mengharapkanNYA..aamiiin..
Salam sayang dan rindu fillah..
Moga tetaplah SYURGA destinasi mu yang abadi..
Moga bertemu lagi..
Andai bukan di dunia fana..
Moga kita berjiran di SYURGA ALLAH s.w.t..
Harapan tinggi menggunung dipasak untuk bertemu dengan-NYA..itulah ketenangan hakiki..
INSYA ALLAH
TIDAK ADA MUSTAHIL BAGI ALLAH
APATAH LAGI BUAT INSAN YANG MENCINTAINYA & DICINTAINYA…
 

Attachments

  • 41.6 KB Views: 64
Pernahkah..


Diri merasa kesunyian..
Sepi dan pilu..
dengan ujian yang melanda.

Pernahkah..
Diri merasa gembira..
Riang dan bahagia..
dengan nikmat yang dikurnia.


Pernahkah..
Diri merasa sesal..
Insaf dan taubat..
dengan dosa yang dilaku.


Pernahkah..
Diri merasa bosan..
Jemu dan tertekan
Dengan masa yg berlalu..
Beginilah ungkapan..
Jutaan perasaan,
Terlahir dari hanya..
..segumpal hati.


Lazim bagi hati..
Merasai kesedihan dan kegembiraan,
Kesunyian dan kebahagiaan,
Dan jutaan rasa yang silih berganti.
..kerana begitulah kehidupan.


Maha Besar Allah..
Yang mengetahui..
Segala rahsia hati
setiap makhluk Nya..
pasti tidak ditemui pendusta
andainya hati berbicara
melafaz yang tersimpan.
merungkai yang tersirat.


Cemburulah
Pada hati yang bercahaya
Yang sentiasa merindukan PenciptaNya
Berhiaskan taqwa
Melangkah makrifah..

Menggapai keredhaan Tuhannya.
Sungguh sangat ku cemburui
Hati para ahlullah
Berdamping ribaan cinta Nya
Merasa nikmat tiada taranya.


Duhai hati..
Berusahalah..
Menggapai cinta Nya.
Bersihkan titik dosa.

Hidupkan nur ibadah
Lahirkan akhlak mulia
Rasai kerinduan pada Nya
Sungguh ingin ku bersama mereka;para ahlullah..
Merasai dan mengecapi bahagianya.
 
Sejahat-jahat Makhluk

Sejahat-jahat Makhluk

Hadis :
Dari Aisyah r.a. katanya,:"Sesungguhnya ummu Habibah dan Ummu Salamah ada menyebutkan kepada nabi gereja yang dilihatnya di negeri Habsyah, bahawa di dalam gereja itu ada sejumlah patung. Sabda nabi s.a.w,:"Sesungguhnya orang-orang itu jika yang meninggal di antara mereka orang soleh, mereka membuatkannya masjid di atas kuburannya dan mereka buatkan patungnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk di sisi Allah pada hari kiamat."

(al-Bukhari)



Huraian
Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir. Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai tuhan dan tidak menyembahnya, ia tetap ditegah kerana Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik. Lebih dari itu malaikat juga enggan memasuki rumah yang mempunyai patung di dalamnya dan ketiadaan para malaikat ini akan menjauhkan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala daripada penghuni rumah tersebut. Akan tetapi Islam sedia memberi kelonggaran dan kemudahan hukum kepada anak-anak kecil yang memiliki patung sebagai alat mainan kerana bagi anak-anak, patung-patung tersebut tidaklah memiliki sebarang nilai sembahan kecuali sekadar alat mainan sahaja. Namun begitu di zaman kini agak sukar dibezakan antara patung (al-Tamathil) yang dibenarkan atau dilarang kerana ia kini diperbuat dari pelbagai bahan-bahan yang berbeza dengan zaman Nabi s.a.w. Ada patung dari aloi logam, bahan gentian plastik, kaca dan sebagainya. Maka langkah terbaik dan selamat ialah tidak menyimpan patung-patung tersebut sama ada di dalam rumah, pejabat, kereta atau di mana-mana sekalipun kerana ditakuti ia menjebakkan kita di dalam perbuatan syirik tanpa sedar.
 
Assalaamualaikum wr.wb

Sahabat,
Mari kita mngingati bbrp hal :

Bhw yg singkat itu WAKTU
Yg dekat itu MATI
Yg besar itu NAFSU
Yg berat itu AMANAH
Yg sulit itu IKHLAS
Yg mudah itu BERBUAT DOSA
Yg abadi itu AMAL KEBAJIKAN
Yg akan di invstigasi itu AMAL PERBUATAN
Yg jauh itu MASA LALU

Selamat pagi, selamat beristirahat, keep istiqomah, keep ukhuwah fillah
Wassalaamualaikum wr.wb
 
Duhai Teman Duhai Sahabatku...

Hargailah bila bersahabat...
Maafkanlah bila terluka...
Fahamilah bila keliru...
Nasihatilah bila terleka...
Tegurlah bila tersilap...
Ingatilah bila kesunyian...
Itulah kehebatan ukhwahfillah...

Apabila kau ingin berteman...
Janganlah kerana kelebihannya...
Kerana mungkin dengan satu kelemahan...
Kau mungkin akan menjauhinya...

Andai kau ingin berteman...
Janganlah kerana kebaikannya...
Kerana mungkin dengan satu keburukan...
Kau akan membencinya...

Andai kau inginkan sahabat yang satu...
Janganlah kerana ilmunya...
Kerana apabila dia buntu...
Kau mungkin akan memfitnahnya...

Andai kau inginkan seorang teman...
Janganlah kerana sifat cerianya...
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan...
Kau mungkin akan menyalahkannya...

Andai kau ingin bersahabat...
Terimalah dia seadanya...
Kerana dia seorang sahabat...
Yang hanya manusia biasa...
Jangan diharapkan sempurna...
Kerana kau juga tidak sempurna...
Tiada siapa yang sempurna...
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah...

Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya...
 
10 Adab Memilih Sahabat

1. Pilihlah rakan berakhlak mulia dan Taat kepada Allah SWT.
2. Pilihlah rakan yang tidak mementingkan diri sendiri.
3. Pilihlah rakan yang Ikhlas dalam semua perkara.
4. Pilihlah rakan yang mahu membantu diwaktu senang dan susah.
5. Pilihlah rakan yang rajin dan mahu diajak mengulangkaji pengajian.
6. Pilihlah rakan yang suka memaafkan kesalahan.
7. Pilihlah rakan yang bersifat rendah diri dan tidak sombong.
8. Pilihlah rakan yang mengingatkan kita kepada Allah SWT dan perkara kebaikan.
9. Hindarilah teman yang suka berdusta dan tidak jujur.
10. Hindarilah teman yang malas dalam semua perkara.
 
Back
Top
Log in Register