am kurizawa
Active+ Member
- Messages
- 2,708
- Joined
- Jul 4, 2009
- Messages
- 2,708
- Reaction score
- 15
- Points
- 25
KOTA BHARU - Seorang duda melecur di mukanya akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di tepi Sekolah Kebangsaan Tendong, Pasir Mas semalam.
Selepas kejadian pada pukul 12.15 tengah malam, mangsa, Wan Hussain Wan Yusoff, 52, seorang pekerja di sebuah syarikat insurans di Kuantan, Pahang dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) di sini oleh bekas isterinya untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bekas isteri mangsa, Wan Nor Sarbani Wan Hassan, 30, seorang pegawai pemasaran di sini kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian menimpa bekas suaminya.
"Mengikut laporan Nor Sarbani, semasa mangsa berada di rumah di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu dekat sini, dia menerima panggilan telefon daripada bekas suaminya yang memberitahu dia disimbah asid," kata beliau.-Kosmo