BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duda hilang ditemui mati

ipins

Active+ Member
Messages
4,728
Joined
Dec 20, 2009
Messages
4,728
Reaction score
101
Points
33
buku2_cropped.transformed.jpg

MAYAT mangsa ditemui dalam dalam kebun durian, dekat Kampung Rawang Putar, Batang Kali. - Foto ihsan Bomba

HULU SELANGOR: Seorang duda yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak 1 Januari lalu ditemui mati dalam kebun durian, dekat Kampung Rawang Putar, Batang Kali, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai, berkata mayat Nizam Talib, 41, dijumpai pada jam 3 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat yang menjalankan operasi selepas menerima laporan daripada ahli keluarganya.

Katanya, mayat mangsa ditemui masih berpakaian lengkap tetapi sudah mulai mereput.

"Mangsa yang juga bapa tunggal kepada seorang anak dikatakan keluar sendirian menunggang motosikal pada jam 7 malam untuk mengambil pucuk paku dan tidak pulang sejak itu.

"Anak saudara mangsa kemudian keluar mencarinya pada jam 7 pagi tadi dan menemui motosikal mangsa di kebun terbabit sebelum melaporkannya kepada polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat kemudian digerakkan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) sebelum berjaya menemui mayat mangsa terbaring di dalam semak.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada jam 12.11 tengah hari menggerakkan 12 anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, pencarian dimulakan pada jam 1.15 petang dalam lingkungan satu kilometer daripada lokasi motosikal mangsa ditinggalkan.

"Seramai seramai 17 anggota terdiri daripada bomba, polis dan APM serta dibantu orang awam membantu mencari mangsa dengan dipecahkan kepada tiga kumpulan.

"Mayat mangsa berjaya ditemui di kawasan kebun durian, kira-kira 700 meter dari lokasi motosikalnya," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/371128/duda-hilang-ditemui-mati#cxrecs_s
 
Wartawan Malaysia tidak ada gender bias... Selalu berita berkaitan janda, Kali ni duda pula... Perlu ka tulis status perkahwinan dalam berita!
 
Mayat duda anak satu ditemui reput

image.jpg

Mayat mangsa ditemui di dalam kawasan semak hari ini.

HULU SELANGOR - Mayat seorang duda anak satu yang reput dan lengkap berpakaian ditemui di dalam semak di kebun Kampung Rawang Putar, Batang Kali di sini hari ini.

Mayat mangsa, Nizam Talib, 41, yang berasal dari Ligamas, Batang Kali di sini ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, mangsa sebelum itu dilaporkan tidak pulang ke rumah oleh anak saudaranya selepas keluar untuk mencari pucuk paku sejak Isnin lalu.

“Mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dipercayai keluar dari rumah pada Isnin lalu menaiki motosikal seorang diri.

“Kira-kira pukul 7 pagi semalam, anak saudara mangsa telah mencarinya di sekitar kawasan kebun tersebut sebelum menjumpai motosikal milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini..

Bak Phai berkata, pasukan SAR yang terdiri daripada pihak polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mula menjalankan pencarian sejak pukul 8 pagi ini..

“Mayat mangsa ditemui reput di dalam semak dan berpakaian lengkap tetapi tiada sebarang senjata dijumpai di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya.

Bagaimanapun, punca kematian masih belum dikenal pasti.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Rosdi Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.11 tengah hari.

“Pasukan SAR memulakan pencarian kira-kira satu kilometer dari lokasi motosikal mangsa ditemui sebelum menemui mayat mangsa,” katanya. - K! ONLINE

http://www.kosmo.com.my/negara/jenayah/mayat-duda-anak-satu-ditemui-reput-1.584738
 
punca kematian belum dikenal pasti..tunggu update seterusnya
kalau kes bunuh...makin menjadi jenayah di malaysia ni..
 
"Mangsa yang juga bapa tunggal kepada seorang anak dikatakan keluar sendirian menunggang motosikal pada jam 7 malam untuk mengambil pucuk paku dan tidak pulang sejak itu.

7mlm carik pucuk paku
 
Kena sengatan binatang berbisa agaknya..
Kaw semak mcm x der pergelutan or darah mangsa...takziah pada keluarga mangsa...
 
Back
Top
Log in Register