BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua ubat dikesan beracun

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan ubat tradisional ‘Montalin’ Jamu Pegal Linu dan Asam Urat serta ‘Orange Capsules Accompanied’ kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian Datuk Eisah A Rahman berkata ‘Montalin’ Jamu Pegal Linu dan Asam Urat yang dikilangkan oleh PJ. Air Madu Magelang-Indonesia mempunyai racun ‘Piroxicam dan Paracetamol’.

“Manakala ‘Orange Capsules Accompanied’ yang tidak diketahui pengilangnya mengandungi racun Betamethasone valerate, chlormethlazole, chlorpheniramine, famotidine, frusemide dan piroxicam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, amaran mengenai penggunaan kedua-dua produk itu dikeluarkan Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura pada 24 Jun lalu.

"HSA telah mengesan racun berjadual di dalam kedua-dua produk itu susulan aduan yang diterima daripada seorang doktor yang merawat pesakit terlibat serta daripada orang awam yang bimbang akan keselamatan ubat tradisional yang dijual di pasaran," katanya.

“Pesakit yang mengambil produk ‘Montalin’ Jamu Pegal Linu dan Asam Urat akan mengalami kesan pada muka dan anggota badan membengkak, penambahan berat badan serta peningkatan mendadak paras gula dalam darah,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua produk itu juga tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia (PBKD).

Eisah berkata orang awam yang menggunakan produk ‘Montalin’ Jamu Pegal Linu dan Asam Urat dinasihat untuk berhenti serta-merta manakala bagi yang menggunakan produk ‘Orange Capsules Accompanied’ diminta mendapatkan nasihat dan rawatan daripada profesional kesihatan.

Beliau berkata status pendaftaran sesuatu produk boleh disemak dengan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian 03-7883 5400 atau melayari laman web www.bfpk.gov.my.

“Sekiranya terdapat produk tidak berdaftar dalam pasaran, orang ramai digalak untuk membuat laporan kepada bahagian perkhidmatan farmasi, Kementerian Kesihatan melalui talian 03-7841 3200 atau cawangan penguatkuasa farmasi berdekatan atau emel kepada pharmacy1@moh. gov.my. - Bernama



sumber:http://www.sinarharian.com.my/dua-ubat-dikesan-beracun-1.179471
 
risau telan ubat ntah apa2..
banyak buruk, sedikit @ xde pun baiknya
 
Back
Top
Log in Register