BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua sahabat mati lemas.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
JOHOR BAHRU – Cuti hujung minggu tiga sahabat berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Kota Tinggi di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam kelmarin, Muhammad Firdaus Mohd. Salleh, 24, dan Mohd. Marwan Mazlan, 24, dan seorang lagi rakan, Shafiq Sabirin, 24, dilaporkan hilang selepas dibawa arus deras ketika mandi di pantai berkenaan.

Shafiq Sabirin bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar oleh orang ramai untuk rawatan lanjut.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd. Rizal Buang, mayat Mohd. Marwan adalah yang pertama dijumpai pada pukul 11.20 malam kelmarin kira-kira 500 meter dari tempat kejadian oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
 
Back
Top
Log in Register