BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua pelindung Pati dicekup

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Beberapa Pati ditahan dalam Ops Belanja, kelmarin.​

ALOR SETAR - Tindakan dua warga tempatan disyaki menjadi pelindung kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) selama ini akhirnya menjerat diri mereka sendiri.

Kegiatan itu terbongkar apabila Jabatan Imigresen Kedah diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Yusrazif Wan Yusoh bersama 17 pegawai imigresen melakukan Ops Belanja, kelmarin.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, serbuan bermula jam 5.10 petang di beberapa premis dilakukan hasil maklumat awam berhubung kehadiran warga asing.

"Seramai 12 individu termasuk lapan penduduk tempatan di periksa dalam serbuan di dua lokasi berasingan, di Taman Perniagaan Senangin dan Kawasan Perusahaan Mergong, di sini.

"Kita kemudiannya menahan empat Pati dan dua lelaki tempatan berusia antara 28 hingga 52 tahun hasil pemeriksaan dilakukan ke atas individu berkenaan," katanya.

Menurutnya, kedua-dua lelaki tempatan berkenaan berusia antara 37 dan 45 tahun.

"Pemeriksaan lanjut ke atas individu berkaitan mengenal pasti tiga Pati merupakan warga Bangladesh, manakala seorang warga Myanmar," katanya.

Oleh demikian, katanya, dua lelaki tempatan yang didapati melindungi beberapa Pati berkenaan disiasat mengikut Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen.

Mohamad Yusri berkata, semua warga asing berkenaan pula ditahan disebabkan kesalahan tiada dokumen perjalanan di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama.

Dalam perkembangan sama katanya, pihak imigresen turut melakukan pemeriksaan ke atas dua lagi premis perniagaan yang mengupah pekerja asing.

Bagaimanapun, katanya, pekerja asing di kedua premis terlibat memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sah melalui pemeriksaan dilakukan pihaknya.
 
Back
Top
Log in Register