BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Pekerja Melecur Stesen Pencawang Meletup

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
22.07.2025 - Dua pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) melecur akibat terkena renjatan elektrik selepas sebuah stesen pencawang meletup dan terbakar di Pangsapuri Rumpun Bahagia, Jalan Bachang, di sini tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang masing-masing berusia 30-an dikejarkan ke hospital menaiki ambulans hospital. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Ismail Harun berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.38 pagi dan sepasukan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi bersama-sama tiga buah jentera.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati berlaku letupan dan kebakaran di stesen pencawang TNB yang mengakibatkan dua pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan terkena renjatan elektrik. Kedua-dua mangsa mengalami melecur dan dikejarkan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerja-kerja memadam kebakaran telah dilakukan dan operasi dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 10.47 pagi.
1753281695832.png
 
Back
Top
Log in Register