BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua maut, kereta bertembung bas ekspres

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,255
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,255
Reaction score
1,661
Points
201
9744.jpeg
9748.jpeg
9750.jpeg
9753.jpeg
9757.jpeg
9759.jpeg
9762.jpeg
9765.jpeg


Rantau Panjang: Dua maut dalam dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dan sebuah kereta, dalam kejadian berdekatan Kampung Gertak Anak Buaya, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang di sini, 4.57 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, mangsa yang meninggal dunia di lokasi adalah penumpang Honda Accord, Nurul Suhaila Mohamad Othman, 21, manakala pemandu kereta itu, Mohamad Tarmizi Ab Jamil, 28, parah.

Seorang lagi mangsa maut ialah pemandu bas berkenaan, sementara pembantu pemandu bas terbabit mengalami patah paha dan dihantar ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk rawatan lanjut.

Bomba mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Selain itu, terdapat lima penumpang di dalam bas berkenaan dan kesemua mereka selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shapawi berkata, 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang membantu mengeluarkan mangsa kemalangan itu.

"Bas berkenaan didapati menghala ke arah Rantau Panjang, manakala kereta terbabit ke arah bertentangan menuju ke Pasir Mas," katanya.
 
Back
Top
Log in Register