kopirait
CG Top Poster Club

- Messages
- 49,284
- Joined
- Apr 18, 2010
- Messages
- 49,284
- Reaction score
- 5,428
- Points
- 486
DUA lelaki etnik Rohingya ditahan dalam kejadian berasingan kerana terbabit dalam jenayah curi besi sekitar Larkin di sini.
Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan (JBS), ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata lelaki berusia 33 tahun ditahan bersama sebuah lori membawa muatan besi pelbagai jenis seberat 200 kilogram.
Katanya, lelaki etnik Rohingya itu ditahan hasil rondaan cawangan kereta peronda Ibu Pejabat Daerah (IPD) JBS jam 3.30 petang, kelmarin.
Katanya manakala lelaki kedua, 30 an ditahan pada jam 8 malam hari sama.
"Setelah menerima aduan awam, semasa rondaan di sekitar lokasi polis menjumpai suspek lelaki etnik Rohingya berumur 33 tahun berserta barang rampasan iaitu batang besi pelbagai jenis yang dianggarkan berat lebih kurang 200 kilogram.
"Polis merampas lori jenis Daihatsu yang dipandu suspek semasa kejadian dan hasil soal siasat awal suspek mengaku ke lokasi kejadian untuk melakukan jenayah curi besi bersama seorang lagi rakan lelaki juga etnik Rohingya, namun suspek sempat melarikan diri sebelum ketibaan pihak polis di lokasi kejadian.
"Bertindak atas maklumat hari sama jam 8 malam pihak polis menahan seorang lelaki etnik Rohingya yang disyaki rakan sepenjenayah suspek bagi membantu siasatan", katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379 dan 448 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 379 dikenakan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun atau denda atau keduanya.
Manakala Seksyen 448, Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara boleh sampai tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
Dua etnik Rohingya ditahan curi besi | Harian Metro
DUA lelaki etnik Rohingya ditahan dalam kejadian berasingan kerana terbabit dalam jenayah curi besi sekitar Larkin di sini.