BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua cedera langgar pagar tadika

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201
Dua cedera langgar pagar tadika
FB_IMG_1675341892279.jpg
FB_IMG_1675341895038.jpg
FB_IMG_1675341898460.jpg
FB_IMG_1675341901022.jpg

KUALA SELANGOR – Suasana pembelajaran sebuah tadika di Kampung Sungai Burong, Tanjong Karang di sini, gempar apabila pagar premis itu dilanggar kereta yang terbabas dan terbalik, hari ini.

Kemalangan pukul 8.30 pagi itu mengakibatkan dua mangsa iaitu lelaki dan wanita berusia 19 serta 36 tahun cedera akibat tersepit dalam Proton Iswara tersebut.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, terdapat kira-kira 15 murid sedang belajar di tadika berkenaan.

“Tidak lama kemudian, saya terdengar bunyi dentuman kuat dan segera keluar bagi mendapatkan kepastian.

“Saya kemudian melihat kereta dinaiki dua mangsa itu sudah terbalik di pagar tersebut dan turut tersepit,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Menurutnya, lelaki yang juga pemandu kereta itu berjaya dikeluarkan orang awam manakala wanita diselamatkan bomba.

Tambahnya, kereta mangsa dipercayai sedang menuju ke sebuah kawasan berdekatan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik.

“Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa lain termasuk semua murid tadika tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, operasi menyelamat melibatkan empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang bersama jentera dengan panggilan kecemasan diterima pukul 8.36 pagi.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 9.50 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
 
19 baru lagi drive. Nasib jugak dah terbalik gitu xde pape
 
Back
Top
Log in Register