eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
MINGORA - Tentera Pakistan semalam menyatakan keyakinan untuk menawan semula beberapa bandar besar dalam tempoh terdekat bagaimanapun usaha untuk melumpuhkan pergerakan Taliban mungkin mengambil masa dua bulan.
Pakistan melancarkan serangan terhadap pejuang Islam di tiga daerah barat laut negara itu sejak April lalu setelah mendapat tekanan daripada Amerika Syarikat (AS).
"Bandar-bandar besar akan dibersihkan (daripada pejuang Taliban) dalam tempoh tiga hari," kata jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Athar Abbas.
Menurut Athar, anggota Taliban licik berselindung setelah digempur sejak enam minggu lalu di Lembah Swat.
Pakistan menyatakan lebih 1,300 anggota militan dan 86 askar kerajaan mati dalam operasi itu.
Kempen tersebut turut menyebabkan 2.5 juta penduduk awam melarikan diri dari rumah masing-masing dan kini mendapatkan perlindungan di beberapa buah penempatan sementara.
Tentera semalam mengumumkan kejayaan menguasai kubu Taliban di bandar Charbagh yang terletak 20 kilometer ke utara bandar Mingora.
Islamabad juga berikrar untuk mencari pemimpin Taliban di Swat namun pemimpin kanan tentera tidak pasti kedudukan sebenar mereka. - AFP