ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Pegawai perubatan memberi rawatan kecemasan kepada mangsa (kiri) yang hampir putus pergelangan kaki kanan selepas terbabit kemalangan, berhampiran Plaza Tol Puchong Barat, malam kelmarin. Adiknya pula cedera di kepala.
PUCHONG - Seorang wanita warga Indonesia terpaksa menahan sakit lebih 45 minit sementara menunggu pasukan perubatan tiba selepas pergelangan kaki kanannya hampir putus akibat digilis sebuah kenderaan, di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa dikatakan membonceng motosikal bersama adiknya untuk pulang ke rumah di Kampung Tengah selepas membeli barang keperluan di pasar malam Batu 13.
Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, adik mangsa yang menunggang motosikal dilihat cuba menyeberangi laluan lima lorong di LDP dari arah Shah Alam menuju Puchong berdekatan Plaza Tol Barat.
Ketika sampai di tengah laluan lebuh raya berdekatan pusingan U, pemandu sebuah kereta yang tidak sempat mengelak terus merempuh motosikal berkenaan menyebabkan kedua-dua adik-beradik itu terpelanting di atas jalan raya.
Kaki mangsa dipercayai digilis kenderaan yang melalui lebuhraya tersebut manakala adik perempuannya berusia lingkungan 40-an mengalami kecederaan di kepala.
"Kedua-dua mangsa meraung kesakitan sehingga letih dan hilang suara. Nasib baik ada seorang pemandu wanita hentikan kenderaan, beri rawatan awal dan cuba tenangkan mangsa di lokasi kejadian," katanya.
Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Serdang menaiki ambulans milik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).