BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua beradik azab dirantai bapa

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_05.1.jpg

DUA kanak-kanak ditinggalkan oleh bapa mereka dalam tandas sebuah rumah kedai di Butterworth semalam.

BUTTERWORTH – Seorang bapa tergamak memperlakukan dua orang anaknya yang berusia dua dan enam tahun seperti anjing apabila bertindak mengikat kaki kiri mereka dengan rantai besi di dalam tandas rumahnya.

Pasangan adik-beradik itu ditinggal seharian oleh bapa mereka ketika dia keluar bekerja dengan alasan anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah.

Perbuatan lelaki berusia 40-an yang tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila kedua-dua beradik tersebut menjerit dan menangis kelaparan pada pukul 6 petang kelmarin kerana mereka tidak diberikan makanan oleh bapa mereka.

Jeritan kedua-dua beradik itu membongkar perbuatan kejam bapa mereka selepas jiran-jiran yang tinggal di kawasan rumah kedai dua tingkat itu memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah tersebut di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini dan menemui seorang budak perempuan berusia enam tahun bersama adik lelakinya berumur dua tahun dalam keadaan menyayat hati.

Ketika ditemui pada pukul 8.45 malam, kedua-dua beradik itu yang diikat dengan rantai dan dikunci dengan mangga besi hanya memakai baju-T serta seluar dalam di dalam tandas.

Ketika diselamatkan, bapa kanak-kanak tersebut yang bekerja sebagai buruh tiada di rumah kerana keluar bekerja sejak pukul 3 petang kelmarin, manakala ibu mereka yang merupakan warga Thailand pula dikatakan telah meninggalkan tiga beranak itu sejak sebulan lalu.

Difahamkan, kedua-dua beradik itu diperlakukan sedemikian oleh bapanya sejak sebulan lalu setiap kali dia keluar bekerja selepas ibu mereka menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, seorang penduduk yang mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak itu cuba membantu mangsa tetapi malangnya pintu rumah tersebut dikunci dari luar.


sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
 
Pehh... xubah buat anak dia mcm anjing... Mesti budak2 ni akan trauma ngan bapak dia... mcm2 hal...
 
cian budak nie..
laki 2 xd duit kot nk soh org jge..
 
: butuh apew la bpk dier nie. kalo xdr duet pown nk anta owg jge. anta lar kt kg ker. aper ker. adoiai!
 
cian budak nie..
laki 2 xd duit kot nk soh org jge..

Tulah...dia pon susah hati kot...duit xde..keje buruh tu..bApe sen sgt..nak dibiarkan anak2 takut jadik kot lain...mcm foreigner je?

Apa2 pon mmg sedih,kesian tgk bdk2 tu...
 
x leh nak ckp. bapaknye nak carik duit utk anak2, risau kalau anak ilang etc sbb x de org jaga, so what's the best. tengok jugakla kekadang bila org terdesak tp still nak pk kan keluarga action taken maybe agak pelik.
 
kau pikir anak kau tu hanjing ke? :mad:
 
Back
Top
Log in Register