BTC USD 84,018.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

drama tv2 pakai topeng kat muka

Serius aku pun baru tau kena letak kat leher...nasib baik aku x minat drama melayu

mungkin ada yg tahu apa menatang tu..tp mcm aku yg pernah pi kursus JPAM, mmg tau la apa menatang tu dan cara nk pakai...:D:D:D
 
Adoii... knaper la producer dia x tanyer dlu cara nk pakai cervical collar tu... main hentam jer... ni dah nose collar ni... hehe
 
anak datuk mana yg cedera muka kat drama melayu tu? mesti sebab kes berebut wanita kan. musuh dia mesti anak tan sri lagi satu.



Sinopsis Drama RTM Bersiri TV2 Cinta Berkalung Duri 2
Cinta Berkalung Duri 2 merupakan kesinambungan dari drama Cinta Berkalung Duri siri 1. Ia mengisahkan ketabahan seorang isteri sekaligus bergelar ibu tiri terhadap anaknya. Wani (Puteri Sarah Liyana) memikul tanggungjawab yang berat selepas kematian suaminya.

Selepas suaminya meninggal dunia, keluarga sebelah suaminya tidak mempedulikan syarikat itu. Malah, dirinya yang serba naif mengenai perihal syarikat amat merisaukan dirinya. Dia bimbang sekiranya syarikat itu bakal tumbang.

Dirinya yang kini sarat hamil, memberi tugasan yang mencabar bergelar ibu. Dia perlu menjaga anak tirinya yang kini masih bersekolah rendah. Hasutan rakan sekolah dan jirannya berjaya mencuit hati anak kecil itu untuk membenci ibu tirinya.

Saksikan kisah pengorbanan seorang wanita yang diuji dengan ujian berat menerusi drama Cinta Berkalung Duri 2 di TV2. Berjayakah Wani mengharungi rintangan dan halangan untuk dirinya mengecap kebahagiaan? Jangan lupa tonton kat TV2.

Pelakon Cinta Berkalung Duri 2
Puteri Sarah Liyana
Aiman Hakim Ridza
Dato' Jalaluddin Hassan
Norseha Hameed
Syed Aiman
Rizal Ayub
Farah Nadia
Intan Olivia
Rashid Jaafar
Fauziah Nawi
Checyl Selsiliya
 
amende ni satu bende pon tak tahu baik TT tak payah letak gambo...
bg link la huhuhu
 
alah..cam cite angin syurga dlu...kak long cakap makan nasi lemak..skali scene makan..mee goreng..hahahaha
 
Back
Top
Log in Register