BTC USD 84,575.9 Gold USD 4,130.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Drama Bersiri 8TV : What If

vardenafil

Fun Poster
Messages
395
Joined
Dec 5, 2011
Messages
395
Reaction score
5
Points
15
thumbnail.php
Hi, aku nak share dengan cgrian suma drama bersiri yang aku tengah follow sekarang. Pandangan peribadi aku, drama ni memang best untuk dilayan dan merupakan drama Malaysia yang lain dari yang lain. Drama ni bergenre aksi dan ngeri yang berbeza dan telah membuatkan aku tertarik semula untuk tengok drama Malaysia.

What if mengisahkan tentang watak utama bernama Imzan (dilakonkan oleh Josiah Hogan) yang menderita sejak kecil dan telah kehilangan segala-galanya dalam hidup dia. Dia kemudiannya mengalami gangguan emosi dan mula menulis dan mereka kisah-kisah pelik tentang orang di sekelilingnya dalam sebuah buku untuk mengisi kekosongan hidupnya.
Tanpa Imzan sedar, sebenarnya apa yang dia tulis dalam buku tu berubah jadi realiti. Hanya dalam episod 5 dia tersedar tentang benda ni. Jadi, Imzan yang ditahan di hospital mula menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk kepentingan peribadi dan merancang membalas dendam terhadap orang-orang yang pernah menganiayanya.



Disiarkan setiap hari Rabu, pukul 9.30 malam di 8TV.Episod pertama telah mula pada 5 Jun 2013.

Drama ni boleh ditonton di laman web tonton ataupun di sini http://kepalabergetar.blogspot.com/2013/06/what-if-8tv.html

Senarai Episod
Episod 1 - 5 JUN : What If Your Mother Is A Serial Killer?
Episod 2 - 12 JUN : What If You Can Hear People's Thoughts'?
Episod 3 - 19 JUN : What If You Could See The Dead!
Episod 4 - 26 JUN : What If You're A Man Who Turned Into A Woman
Episod 5 - 3 JULAI : What If You Had Super Powers?
Episod 6 - 10 JULAI : What If You Became A Slave?



Sinopsis episod 1:What If Your Mother Is A Serial Killer?
1) Episod 1 mengisahkan Hapsah(Azizah Mahzan) seorang nurse yang bekerja di hospital tempat Imzan ditahan.
2) Hapsah yang baru kematian suami ada seorang anak lelaki iaitu Reza(Nas-T) dan Reza ada awek iaitu Rozi(Julie Woon).
3) Hapsah mengalami tekanan perasaan disebabkan kematian suaminya itu.
4) Seperti kebiasaan, Imzan suka menulis cerita pelik di dalam bukunya.
5) Imzan mula menulis tentang Hapsah kerana tak puas hati terhadap Hapsah dan menulis cerita supaya Hapsah menjadi pembunuh bersiri.
6) Pada episod ini, Imzan masih belum tahu sebenarnya apa yang dia tulis boleh jadi kenyataan.
7) Hapsah telah mula menjadi pembunuh dan ramai jadi mangsa.
8) Mangsa pembunuhan telah dipotong kecik2 macam ayam dan dibuat SUP dan diberi kepada Reza & Rozi.
9) Mangsa seterusnya adalah Rozi.Tapi Rozi tak mati,yang mati Hapsah dan Reza.

http://www.youtube.com/watch?v=wVPr9DQN2mI


Sinopsis episod 2:What If You Can Hear People's Thoughts'?
1) Episod 2 mengisahkan Dr. Riana(Vanidah Imran) yang bekerja di hospital Imzan.
2) Keburukan Dr. Riana ni adalah kurang memberi perhatian dan masa pada suaminya.
3) Dr. Riana juga mengambil upah daripada seseorang untuk terus memberi ubat(dadah) kepada Imzan bagi
melemahkannya dan memastikan Imzan terus ditahan di hospital itu.
4) Kemudian disebabkan tak puas hati jugak, seperti biasa Imzan menulis pasal Dr. Riana pulak.
5) Kisah episod ni adalah Dr. Riana boleh dengar fikiran orang lain, yang kelakarnya, orang duk "GERAM" kat dia pun dia dengar.
6) So, Dr Riana semakin hari semakin stress sebab dia boleh dengar semua fikiran tu dan hanya boleh dikawal kalau dia ambil drug.
7) Suami dia masukkan dia ke dalam hospital dan dalam tak sedar, suami dia perangkap Dr. Riana untuk transfer semua duit kepada sumainya.
8) Dr. Riana dapat tahu dan lari balik rumah dan kantoikan laki dia dengan awek lain.
9) Laki dia lari dan Dr. Riana mati overdose.
10) Quote yang menarik dari Imzan : "Its a round world afterall, one day you the king, and the next a beggar,
dont be arrogant when you on top,for you never know, when you will be at the bottom"

http://www.youtube.com/watch?v=WLh9P3AhVP8

Sinopsis episod 3:What If You Could See The Dead!
1) Episod 3 berkisar tentang Guna (Prem Dj Fly FM) yang merupakan pekerja di Hospital Imzan.
2) Guna ni jenis cakap besar dan tak melayan Imzan dengan elok.
3) Imzan mula menulis cerita tentang Guna yang boleh melihat roh orang mati (hantu la kiranya)
4) Kemudian muncullah satu hantu ni duk mengacau Guna tapi Guna ingat tu patient biase.
5) Guna sorang je nampak hantu tu so orang lain ingat dia gila, pastu Guna pulak jadi patient.
6) Pada satu malam, hantu tu ajak Guna pergi satu tempat untuk bagitau guna kenapa hantu tu kacau dia.(roh guna yang ikut)
7) Rupanya dulu Guna pernah jadi driver van dan pernah sampai kemalangan.
8) Guna sorang je selamat dan tak cuba selamatkan orang lain, so hantu tu sekarang cari dia balik sebab berdendam.
9) Hantu tu ramai2 makan roh dia dan Guna pun mati.
p/s: tengok cita ni kena elok2, tengok boleh tapi jangan sampai terpengaruh/percaya.

http://www.youtube.com/watch?v=oLgJXaas81g

Sinopsis episod 4:What If You're A Man Who Turned Into A Woman
1) Episod ni dimulakan dengan Imzan flashback kisah dia dan macam mana dia boleh masuk hospital gila tu.
2) Watak yang diketengahkan dalam episod ni adalah Dickenson(Peter Davis) , nurse di hospital itu.Dia ada wife nama Kim(Chelsia Ng), dan seorang Mak(Dato Yasmin Yusof)
3) Dickenson ni pelik sikit.Rupanya dia ni gay!Dia g cucuk Imzan dengan dadah pastu liwat Imzan.
Gila lah, tak sangka pulak aku cerita ni ada episod camni.
4) Imzan tersedar dari pengsan dan confirm la bengang sebab kena liwat.
5) Imzan tulis dalam buku dia dan sumpah Dickenson jadi pempuan.Hahaha..epic gila.
6) Dan tanda2 bertukar ke pempuan pun mula terjadi pada Dickenson, bulu2 habis gugur,kulit lembut,rambut cam pempuan, suara lembut.
7) Then finally Dickenson berubah jadi pempuan terus.
8) Dickenson pegi ke hospital then cakap kat Imzan supaya tukarkan dia semula ke lelaki tapi nyaris2 nak kena rogol dengan orang gila.

http://www.youtube.com/watch?v=Gq0hpkyKfGw
 
Last edited:
best ke...sorry to say la,tgk pelakon die je, dah xde rase nak tgk..huhu
 
Aku tengok.. pendapat aku pulak citer ni, Imzan tu kan sakit, so kita sebenarnya tengok imaginasi dia..
pendapat aku je la..hihi
 
Aku tengok.. pendapat aku pulak citer ni, Imzan tu kan sakit, so kita sebenarnya tengok imaginasi dia..
pendapat aku je la..hihi

Ha..ada pun yang tengok..aku suka tengok sebab setiap episod ada tema berlainan dan macam mana imzan develop dia punya keupayaan tu
 
wahhh manarek..
bookmark.

malam kang nak start tengok.
 
Aku tengok.. pendapat aku pulak citer ni, Imzan tu kan sakit, so kita sebenarnya tengok imaginasi dia..
pendapat aku je la..hihi

aku harap ending dia bukan " oh aku bermimpi "

:((

aku harap ending dia mmg real. semua yg mati tu, adalah mati.
 
Back
Top
Log in Register