BTC USD 85,450.0 Gold USD 4,208.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr3amb0x Tips & Tricks - Khas untuk Enigma2

bos. newbies tumpang tnya sikit.
kawan dah install BH 2.1.5 ni. GUI pn okay. kawan run guna oscam pn smooth jek.
masalah kawan skrng ni, kawan xtahu button mana utk subtitle selection tu. kalau openpli button kuning tu je. kawan try tekan xkeluar la pulok. ~X(

cuba tekan butang help...
cari subtitle
 
Kalau ada yg memerlukan motherboard utk DM800se Ver D11 boleh PM ye. Tersalah beli :(
 
Membuat saluran /channel IPTV/live stream dengan Dreambox - Pengenalan/Keperluan

Membuat saluran /channel IPTV/live stream dengan Dreambox

Anda boleh membuat live IPTV dengan menggunakan Dreambox walaupun kelajuan upload internet anda 512Kbps, tetapi kualiti yang dihasilkan mungkin tidak sama dengan kualiti dvbs/dekoder anda.Kualti yang diinginkan bergantung kepada mampatan video yang anda buat/setting

Kelebihan menggunakan server @cloud@VPS anda dapat menjimatkan bandwith berbanding sambungan terus dari pc server kepada pengguna/penonton yang mana akan menyebakan kelajuan internet merosot . Ini kerana pc server anda melayan terus kepada pengguna . Contohnya anda mempunyai kelajuan internet upload 2Mbps. Apabila satu pengguna akan menggunakan 1Mbps untuk stream, anda akan kehilangan 1Mbps hanya kepada 1 pengguna. Dengan menggunakan teknik menghantar dahulu file stream ke server, akan dapat menjimatkan bandwith sekaligus video anda akan dapat ditonton hampir beratus orang dalam satu masa(bergantung kepada kelajuan server).

Diagram

Sambungan terus

3_zps28e2a8c3.jpg


Penghantaran data ke server dahulu

4_zpsc82413dc.jpg

Keperluan/Syarat

1.Satu server dengan kelajuan upload 20mbps keatas.Bergantung kepada target audience. Saya mencadangkan anda melanggan di Digital Ocean yang mana murah dan tiada had bandwidth dan kelajuan server 1Gbps dengan harga serendah RM15 sebulan

2. Pc untuk dijadikan server bagi menghantar fail stream ke server@cloud
3.Dekoder enigma2 ;Dreambox,Azbox,Vu+,Amiko dll
4.Internet upload dengan minima 512kbps keatas


Panduan ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian


1.Tetapan Server
2.Tetapan PC server
3.Tetapan PC server Kepada Server
 
Tetapan Server

Tetapan Server

Panduan ini akan menggunakan Centos 6.5 sebagai rujukan. Anda juga boleh menggunakan distro linu lain seperti Ubuntu,Debian dll. Sekiranya tidak pasti, anda boleh merujuk bahan bahan lain di google sebagai panduan lain.

1.Setelah mendapatkan mesin VPS, masukkan terlebih dahulu vps anda.

1_zps4986b623.jpg

2. Dengan menggunakan Putty, install vlc terlebih dahulu vlc

Centos 6.5 32bit

cd /etc/yum.repos.d/
wget http://pkgrepo.linuxtech.net/el6/release/linuxtech.repo
yum list *vlc*
yum -y install vlc

3.Setelah install vlc,masukkan command ini supaya vlc dapat dijalankan menggunakan root user

sed -i 's/geteuid/getppid/' /usr/bin/vlc
service messagebus start

4.Sekiranya vps anda masih belum terinstall nano editor instll terlebih dahulu menggunakan arahan :

yum install nano

5.Edit ssh menggunakan nano dengan menaip

nano /etc/ssh/sshd_config

Cari

#Gatewayport No
Tukarkan kepada
Gatewayport Yes

2_zpsdf74094c.jpg

6.Simpankan fail tadi dengan cara menekan Ctrl+X, tekan ‘Y’ untuk save

7.Selesai mengedit ssh hidupkan semula ssh dengan menaip


service sshd restart

Tutupkan putty supaya putty dapat menggunakan tetapan baru sshd
 
Tetapan pada pc server (Bahagian Ke Dua)

Tetapan pada pc server (Bahagian Ke Dua)

1.Install terlebih dahulu vlc pada windows.

2.Dapatkan dahulu Link/URL untuk digunakan bagi stream. Url boleh didapatkan pada dreambox web interface .

3.Setelah dapat link@channel yang mahu distreamkan.

4.Buka Vlc>Media>Stream>Network

5.Masukkan URL stream

6.Klik stream

5_zpse7bad7b6.jpg

4.Pilih protokol yang diinginkan. Saya menggunakan protokol HTTP

5.Setkan port yang dinginkan.Untuk ruangan path, anda boleh isikan apa saja, tetapi pastikan anda ingat kerana ini digunakan untuk diakses kemudia. Contoh nya anda meletakkan path /foxmovie
Url http://127.0.0.1:8080/forxmovie akan digunakan nanti

6_zps605e1bd9.jpg


7_zpsf62c37a7.jpg


6.Piliihkan format yang anda inginkan. Buat masa ini saya hanya berjaya menggunakan format .ts sahaja sebagai stream.



6.1Anda boleh setkan format dan kualti disini, tetapi diingatkan semakin tinggi kualti semakin banyak bandwith diperlukan untuk stream ke server

6.2Untuk memaparkan subtitle pilih ‘Dvb Subtitle’ dan tick overlay
Pemilhan format output juga penting kerana tidak semua format dapat menyokong fungsi subtitle


8_zpsc8639f48.jpg


9_zps6ce127e6.jpg


7.Setelah selesai semua klik stream.

10_zpse3b2f607.jpg


Nota : Sekiranya anda tidak menanda@tick display paparan output tidak akan dipaparkan. Ini membolehkan pc server anda dapat meminimakan penggunaan ram

8.Uji terlebih dahulu stream anda dengan membuka VLC>open media stream
9.Masukkan url link stream yang telah set tadi. Contoh didalam panduan ini menggunakan link http://127.0.0.1:8080/foxmovie

10. Sekiranya berjaya video akan dipaparkan. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan tetapan, anda perlu set semula tetapan
 
Last edited:
Tetapan Client Kepada Server

Tetapan Client Kepada Server


Setalah berjaya menguji stream, anda boleh menghantar video stream anda keserver
Buka putty terlebih dahulu, Masukkan maklumat login server anda

11_zps8341b704.jpg



12_zps878fc6e3.jpg


Nota :

Port perlu sama dengan video stream tadi

Klik login dan masukkan username dan pass
Check di Log Event apakah port forward benar-benar berjaya dihantar


13_zpsed74f788.jpg

Pada terminal taipkan

vlc -I dummy -vvv http://127.0.0.1:1212/foxmovie --sout '#standard{access=http,mux=ts,dst=128.199.xx.xx:1213/foxmovie**'


Nota


http://127.0.0.1:1212/foxmovie

sama seperti tetapan di vlc

1212

Port asal yang telah diport forwardkan iaitu yang telah digunakan vlc untuk stream

Vlc akan membaca fail di alamat ini


128.199.xx.xx:1213/foxmovie

1. Adalah alamat ip server anda
2. 1213 port yang akan dibuka bagi membolehkan penonton lain menonton, jangan samakan port dengan vlc stream di pc server anda.
3. Path untuk file movie anda


Uji stream anda dengan menggunakan vlc, masukkan URL stream dari server anda. Contoh alamat server yang saya gunakan adalah http://128.199.xx.xx:1213/vlc
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register