BTC USD 83,759.4 Gold USD 4,295.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr3amb0x Tips & Tricks - Khas untuk Enigma2

salam tuan.. Rhoma Irama

berminat sangat ngan motorise offset dish tu Boleh pm...
 
Last edited:
Diperlukan installer yang boleh set motorize dish dan dekoder DM di Kuantan

Kawan tak dapat turun ke Kuantan
 
untuk siapa yang ada masalah red LED, dan tak boleh nak boot, tapi masih boleh flash, dan remote masih responding boleh try step ni

Peralatan yang perlu ada/Prasyarat

  1. Kabel RS232@null modem dan dia punya cross
  2. Serial Port
  3. Windows XP,windows 7 dan keatas tak mujarab
  4. Tak boleh guna usb convertor kepada serial, yang ni kawan cuba...memang tak menjadi, so jangan membazirkan duit beli itu connector:D
  5. Download file ni dulu..Renew SOlo

LANGKAH 1 :

1.Sambungkan kabel rs232 dari laptop ke dekoder, tapi jangan hidupkan terlebih dahulu dekoder. Pastikan no port mana yang anda guna..
2.Jalankan Renewflash.exe. Pilih port COM yang telah disambungkan. Tekan open file dan pilih UPFLASH120227.bin
3.Buka dekoder anda, tunggu sehingga "UPDATE COMPLETE"

1_zps8a8e0b54.jpg

4.Tutup renewflash.exe dengan betul, sekinya tidak, port akan clash.
5. Tutup dekoder@Cabut Plug

LANGKAH 2

1.Buka ERASE126.exe dan pilih port yang betul
2.Buka dekoder@PLUG Balik dan tekan ERASE.

2_zpsb91222e2.jpg

3.Selepas beberapa saat akan muncul FINISH.
4.Tutup dekoder@Cabut Plug

LANGKAH 3

1.Buka secupd111230.exe dan pastikan port yang betul
2.Klik Open File dan pilih SecretSOLO-120229.bin
3.Buka dekoder@PLUG Balik dan selepas beberapa saat akan muncul "Update Complete"

3_zps92c2fb6c.jpg


LANGKAH 4

1.Install image yang bersesuaian, dicadangkan pakai image asal dekoder


TADA:)):)cgrock


MASALAH YANG BAKAL/MUNGKIN DIHADAPI

1.Dan buat langkah pertama, tapi tak keluar pun Update Complete - Cuba Pusingkan kepala plug macam gambar dibawah

4_zpsa4443d04.jpg

2.Masih lagi tak boleh la.. Cuba pastikan betul-betul port, atau try semua Port dari popup list

3.Image mana rasa nyer OK untuk first Time lepas debrick? - Kawan guna openpli2.1..image lain pun tak de masalah sebenarnya,tapi untuk image atas 40Mb, kena install dulu CFE

4.Tak boleh flash lepas buat semua langkah diatas : gunakan pendire berformat "fat32", kalau pendrive tu pernah guna untuk buat boot/install windows,guna bootice untuk restore ke keadaan asal pendrive tu

5.Semoga Berjaya :D
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register