Flash Dreambox
1. Sediakan image yang nak digunakan dalam format image.nfi
Pastikan image yang hendak digunakan bersesuaian dengan STB. Salah guna image, box akan jadi "NO CA Found".
Kalau dah sampai tahap ni, box boleh dikira separuh brick. Masih boleh diselamatkan.
Tapi kawan pasti tuan-tuan akan berada dalam keadaan tertekan yang amat bila sampai tahap "NO CA Found"
Faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan image
- Box original atau clone
- Sim card yang digunakan. Sim2.01, Sim2.10, SimFerrari ...
- Model STB. DM800HD, DM800SE, DM800SE Sunray, DM500S ...
- Image kosong atau backup. Image backup kadang-kadang dibuat hanya sesuai dengan tempat asal pembuat image. Kebanyakan backup image berasal dari Eropah
- Merlin, BlackHole, Domica, OpenPLi, DreamElite, GP3, TSimage, OpenMIPS, TeamRED dan OpenAAF adalah antara nama-nama kumpulan yang kerap membangunkan image bagi STB Enigma2
2. Tekan butang power pada box dan jangan lepaskan semasa power up STB.
Tekan sehingga keluar **STOP** dan IPaddress pada OLED
Rujuk gambar.
3. Masukkan IPaddress yang keluar pada OLED ke dalam browser internet dan tekan ENTER.
Kemudian click "Firmware upgrade"
4. Pilih fail image yang telah di download sebelum ini
5. Click "Flash" untuk mulakan proses flashing
Tunggu image di upload ke STB dan proses flashing akan bermula
6. Tunggu sehingga siap. Reboot STB selepas proses flashing siap
7. Sediakan fail di bawah
Transfer ke STB mengikut cara yang diberikan sebelum ini.
8. Reboot STB dan mulakan configure segala setting dan
tuner configuration