TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
SAINTIS kelahiran China, Dr Flossie Wong-Staal ini dikenali kerana sumbangannya kepada kajian ke atas HIV. Beliau berjaya mengenal pasti HIV sebagai punca sebenar Aids pada 1983
Susulan penemuan itu, beliau membuat kajian lanjut dan menjadi saintis pertama mengklon HIV dan pemetaan virus tersebut. Beliau kemudiannya menjadi pengasas bersama iTherX Pharmaceuticals yang memberi tumpuan kepada pembangunan ubat bagi merawat Hepatitis C
Wanita hebat ini turut dinamakan oleh Discover Magazine sebagai salah seorang daripada 50 Saintis Wanita Terbaik pada 2002
Kehidupan Awal
Pemilik sebenar nama Yee Ching Wong ini dilahirkan pada 27 Ogos 1947 di China
Bagaimanapun, keluarganya berhijrah ke Hong Kong pada 1952 selepas China mengisytiharkan ia sebagai sebuah negara komunis.
Di Hong Kong, Wong-Staal dihantar belajar di sebuah sekolah perempuan Katolik
Beliau sangat cemerlang dalam bidang akademik dan disarankan oleh gurunya untuk mengambil aliran sains
Ibu bapanya sangat memberi galakan supaya Wong-Staal berjaya dalam bidang akademik walaupun tiada ahli keluarganya yang pernah bekerja di luar atau mengambil aliran sains
Pada asalnya, wanita ini tidak mempunyai minat dalam bidang sains, namun minat itu timbul selepas mempelajari dengan lebih mendalam
Guru di sekolahnya juga menyarankan keluarga Wong-Staal supaya menukarkan namanya kepada nama Inggeris
Bapanya memilih nama Flossie sempena nama taufan yang membadai kawasan di Hong Kong
Pada 1965, Wong-Staal yang ketika itu berusia 18 tahun melanjutkan pengajiannya di University of California di Los Angeles (UCLA)
Beliau memilih bidang biologi dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bakteriologi kira-kira tiga tahun kemudian
Pada 1972, Wong-Staal menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Biologi Molekul dari UCLA
Selepas tamat belajar, beliau bekerja di University of California di San Diego (UCSD)
Ketika itu, beliau berkahwin dan menggunakan nama suami di belakang namanya, namun perkahwinan itu tidak kekal selepas mereka akhirnya berpisah
Temui virus HIV
Pada 1973, Wong-Staal berpindah ke Bethesda, Maryland dan bekerja di Institut Kanser Kebangsaan (NCI)
Di NCI, beliau bersama perintis kajian Aids, Robert Gallo melakukan penyelidikan ke atas retrovirus
Kedua-dua penyelidik itu menjalankan kajian untuk mengenal pasti punca penularan Aids dalam kalangan penduduk Amerika Syarikat (AS)
Pada 1983, Wong-Staal bersama rakan penyelidik NCI dan ahli virologi, Luc Montagnier di Perancis menemui HIV, virus yang menyebabkan Aids
Kira-kira dua tahun kemudian, Wong-Staal mengklon HIV dan membuat pemetaan genetik virus tersebut
Pemetaan virus itu membolehkan ujian ke atas HIV dibangunkan
Pada 1990, Wong-Staal berpindah dari NCI ke UCSD di mana beliau menyambung kajiannya ke atas HIV dan Aids
Pada 1994, beliau dinamakan sebagai Pengerusi Pusat Penyelidikan Aids di UCSD dan pada tahun sama beliau turut terpilih menyertai Institut Perubatan Akademi Negara AS
Penyelidikan beliau pada 1990-an lebih tertumpu kepada terapi gen menggunakan ‘pisau molekul’ ribozyme untuk mengekang HIV dalam sel stem
Protokol dibangunkan oleh beliau adalah yang kedua dibiayai oleh Washington
Pada 2002, Wong-Staal bersara dari UCSD dan kini memegang gelaran Profesor Emerita
Beliau kemudiannya menyertai syarikat biofarmaseutikal, Immusol yang diasaskan bersama ketika di UCSD selaku Ketua Pegawai Saintifik
Menyedari keperluan untuk menaik taraf kualiti ubat untuk hepatitis C (HCV), beliau menukar Immusol kepada terapeutik HCV, sekali gus menamakannya semula sebagai iTherX Pharmaceuticals
Walaupun telah bersara, Wong-Staal kekal sebagai Prof Penyelidik Perubatan di UCSD
Sumber