BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr Asri: Aduhai subsidi dirampas...

chel_fi82

Active+ Member
Messages
4,743
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,743
Reaction score
103
Points
43
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kekesalannya terhadap kenaikan harga "5-dalam-1" bagi tujuan penjimatan subsidi sedangkan pada masa yang sama terdapat pelbagai pembaziran.


"...di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas," katanya.

"Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibu bapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.

"Mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah."

Tengah malam kelmarin, kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG). Langkah tiba-tiba itu ternyata mengundang kemarahan banyak pihak, terutamanya pembangkang.

Menulis dalam blognya semalam, Dr Mohd Asri menempelak "golongan bangsawan dan pembesar yang bersenang-lenang dengan kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat".

Sedangkan, menurut artikel berjudul 'Menangisi kenaikan harga barang' itu lagi, orang miskin kini menangis ekoran harga makanan yang semakin tinggi.
 
mujurlah Ustaz Asri tidak sempat join bn.. kalau tidak jenuh menjawab la dia.. (jadi kambing hitam)
 
diaorang kat atas tu mana peduli..yang penting poket dan kedudukan mereka terjamin...

wahai semua rakyat..bangun dan sedarlah semua..Jgn lagi ditipu hanya dengan sekampit beras dan sedikit oleole masa pilihanraya sudah terdaya...

sematkan dan pin kan kenangan terindah ini dalam memori..sbb nanti ia akan jadi sumber flip flop..inilah politik...
 
nampak gayanya dah jatuh HUKUM WAJIB nih untuk menjatuhkan KERAjaan BN dlm PRU13 nanti..
:)paid:)paid:)paid
 
nie menunjukan ekonomi kita semakin teruk disebbkan korupsi kerajaan BN
pastu subsidi ditarik blik disebbkan koss nya terlalu tinggi untk menyelengaranya,dan konon2nya membebankan kerajaan BN....
yg jdi mangsa....
RAKYAT...!!
 
nie menunjukan ekonomi kita semakin teruk disebbkan korupsi kerajaan BN
pastu subsidi ditarik blik disebbkan koss nya terlalu tinggi untk menyelengaranya,dan konon2nya membebankan kerajaan BN....
yg jdi mangsa....
RAKYAT...!!

sudah terang lagi bersuluh...Rakyat yang jadi mangsa...

p/s: sama kes mcm lesen judi..lulus dulu baru tgk reaksi rakyat...

Pembangkang jugak :)paid ...kalo tak ada pembangkang ..~X(
 
agak2 diowang nak kena dengar pandangan dr asri ni ?

baik ikut cakap consultant dr israel tu
 
Tapi ramai lagi orang 2 melayu sokong Bn wlupun diorg naik motor buruk sedangkan PM hidup di istana..
 
Back
Top
Log in Register