BTC USD 75,615.1 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dota 2: Astro siar secara langsung kejohanan TI5

sokong fnatic ler bro...ada stahun lg utk practice..haha..kecik imba tu kena practice smpai leh lwan suma1l...baru betul power mid

kalo mushi tak bla, ikut tradisi mushi comfirm bla stiap kali abis TI

tahun ni mungkin berbza sebab ade Major
 
Evil Geniuses menang.

1377970092590944068.jpg
 
perghh rm5juta sorang

Evil Geniuses juara Dota 2 raih RM25 juta

Seattle: Pasukan Amerika Syarikat, Evil Geniuses, yang turut disertai pemain berusia 16 tahun berasal dari Pakistan menjuarai kejohanan dunia kelima Valve untuk Dota 2, meraih hadiah utama AS$6.6 juta (RM25.7 juta), menjadikan ia pasukan pertama memenangi pertandingan antarabangsa.


Evil Geniuses yang bukan pilihan mengalahkan pasukan China, CDEC, 3-1, Sabtu lalu. CDEC meraih hadiah AS$2.8 juta (RM10.9 juta).

Kini, semua lima anggota Evil Geniuse, Fear, PPD, Aui, Sumail, dan Universe menjadi jutawan dengan AS$1.32 juta (RM5.1 juta) seorang.

Namun, anggota mereka, Sumail, 16, mempunyai kisah menarik kerana remaja berasal dari Pakistan yang keluarganya berhijrah ke Illinois, pernah menjual basikalnya hanya untuk bermain Dota dan dia kini jutawan termuda dalam eSukan.

Tahun ini, Valve berjaya mengumpulkan AS$18 juta (RM70.2 juta) untuk hadiah bagi kejohanan yang diadakan di KeyArena Center, Seattle.

Jumlah mereka yang menonton perlawanan akhir kejohanan itu meningkat dengan siaran langsung mencatat beberapa juta penonton.

Dota 2 kekal sebagai permainan paling popular MOBA di dunia diikuti League of Legends. - inquirer.net


EGWIN.jpg.transformed.jpg

Pasukan Evil Geniuses yang menjuarai kejohanan dunia kelima Valve untuk Dota 2. - Foto inquirer.net

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69582#sthash.LQkWSrdn.dpuf
 
Back
Top
Log in Register