BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Doraemon

ea.quality

Active Member
Messages
1,034
Joined
Nov 21, 2011
Messages
1,034
Reaction score
150
Points
33
doraemon-doraemon-image-hd-wallpaper.jpg


Jom Baca Manga hari ini akan cakap tentang manga yang berkisarkan kepada seekor kucing montel yang berwarna biru-putih rupanya dah lebih 50 tahun!

Mesti ramai yang kenal Doreamon kan? Selain menjadi teman kepada penulis dan rakan-rakan diluar sana mesti tak ramai yang tahu yang disebalik wajah bulat dan berwarna biru-putih sebenarnya dah berumur separuh abad!

20_doraemon-cosplay.jpg


Ye,betul la , Doraemon yang dihasilkan pada Disember 1967 sebagai manga karya kepada Fujio F Fujiko .


Fujio F Fujiko ini pula sebenarnya dihasilkan oleh dua orang mangaka/artist iaitu Hiroshi Fujimoto (藤本 弘 Fujimoto Hiroshi?, 1933–1996) and Motoo Abiko (安孫子 素雄 Abiko Motoo?, 1934–) dan kedua-dua nya kemudian membentuk partnership yang dinamakan sebagai Fujio F Fujiko.

Gambar dikiri merupakan gambar yang diambil ketika mula-mula watak doraemon muncul.
827-fujiko-large.jpg


Fujimoto dan Abiko sebenarnya merupakan rakan sejak dibangku sekolah lagi. Namun begitu, disebalik dari minat mereka yang lebih gemar melakukan aktiviti 'indoor' seperti ini membuatkan mereka lebih terpaksa mendiamkan diri tentang bakat mereka ini dek malu diejek rakan-rakan laki yang lain. Ish.Ish.Ish.


Kisah Disebalik Nama Fujio F Fujiko

Osamu_Tezuka_StampS.JPG


Beberapa tahun kemudian ,mereka telah melawat legenda manga terkenal ketika itu iaitu Osamu Tezuka(Pencipta Manga Astro Boy) dengan membawa manga rekaan mereka bersama bertajuk Ben Hur. Disinilah segalanya bermula buat mereka dimana Osamu Tezuka sendiri mengatakan bahawa mereka bakal menjadi sepertinya satu hari nanti.

Disebabkan peristiwa ini, disimpan lah manga Ben Hur itu sampai ke hari ni dan untuk menghormati Osamu Tezuka ,mereka berdua bersetuju dengan nama Tezuka Fujio.

Nama ini pun tak bertahan dengan lama, dan kemudian ditukar dengan nama Azhizuka Fujio untuk mengelak orang ramai berangapan bahawa Osamu Tezuka dan Tezuka Fujio ialah orang yang sama.


Mengunakan nama pena Azhizuka Fujio mereka berjaya menghasilkan manga yang pertama bertajuk Utopia: The Last World War (UTOPIA—最後の世界大戦 UTOPIA: Saigo no Sekai Taisen?).
02EEE383622300.jpg


Oleh kerana sambutan yang mengalakkan, mereka mengambil keputusan ke Tokyo untuk menjadi mangaka.

Gambar kiri ialah Utopia: The Last World War (UTOPIA—最後の世界大戦 UTOPIA: Saigo no Sekai Taisen?)

Pada 1967 mereka membuat 'rebrand' pada nama partnership tersebut dan dinamakan sebagai Fujio F Fujiko, maka lahirlah Doraemon.


Kisah Doreamon
doraemoncute.jpg


Kisah bermula tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan - yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita.

Episod diteruskan dengan bagaimana kisah seharian Nobita yang dibantu oleh Doreamon mengunakan pelbagai gadjet dari masa hadapan, membantu Nobita menjadi lebih berani dan berjaya.


Al kisah , masa depan nobita dikatakan dibebani masalah dan dihimpit kemiskinan sehinggakan cucunya terpaksa menghantar robot kucing di masa silam untuk mengubahkannya.

Kesian . Anyway, Jalan cerita yang menarik ini membuatkan kisah Doraemon mendapat liputan daripada golongan kanak-kanak dan dewasa.Fujio F Fujiko berkata siri ini tidak mempunyai ending seperti manga yang lain namun akibat daripada pengurangan reader manga tersebut akhirnya muncul la 3 ending ini.


Ending Doraemon/Pengakhiran Cerita Doreamon.
doraemon-movie-2013.png



Ini ialah ending yang terdapat pada siri Doreamon dimana no 1 dan no 2 tidak direprinted kan semula.

Dalam isu 1971 Mac Shounen Jump 4:Kerajaan Pada abad ke 22 telah mengharamkan time travel untuk berlaku. So, Doreamon, terpaksa pergi meninggalkan nobita.
Dalam isu 1972 Mac Shounen Jump 4 Doraemon terpaksa pulang ke masa depan atas sebab tertentu dan bagi membolehkan nobita melihat Doreamon pergi dengan tenang ialah dengan berlakon menjadi robot yang dah rosak,bila Nobita dapat terima bahawa Doraemon tak akan ada sepanjang masa dengan nya , barulah Doraemon pergi ke masa depan.
Ending ketiga ini merupakan ending yang hendak dijadikan sebagai official ending, berkisahkan bahawa Doreamon pulang semula kerana risau tentang Nobita. Nobita berlawan dengan Giant sebelum menang dengan bangun semula beberapa kali.Giant menyerah kalah sebab letih.Doraemon pun pulang ke masa hadapan.

doraemon-cosplay-36-super-heroes.jpg

Tapi oleh kerana cerita Doraemon menjadi Hit semula pada awal 80an terdapat lah fan-made ending yang lebih menarik.

-Ending oleh Nobuo Sato menghabiskan cerita dengan bateri Doreamon dah tamat , dan Nobita diberi pilihan untuk mengantikan bateri baru yang menghilangkan segala memori Doreamon atau tunggu sehingga ada robotic technician di masa hadapan.Hari bertukar hari, dan diganti bulan dan tahun, Nobita berjaya menjadi proffesor robot yang pertama dan berjaya menghidupkan Doreamon semula.

-Ending kedua mengisahkan bahawa semua cerita adventure doraemon dan Nobita ialah delusi budak sekolah yang sedang nazak dan diakhiri dengan Nobita menerima sekor kucing cacat tanpa telinga.

Itu saja coretan untuk manga Doreamon, cuma bagi penulis lebih baik masa depan Nobita Bukan seperti ini:-

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=sGFemrtv7-M

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=H3W9B01pxcw

Nak baca manga balik? sila ke alamat ini:http://www.mangareader.net/521/doraemon.html

sumber:http://otakukini.blogspot.com/2013/01/jom-baca-manga-doraemon.html
 
Last edited:
doraemon...antara katon tersempoi,tp terbaik dan kreatif dari ladang......
 
cerita doraemon dh pelik2 mengarut je ak tgk

suke cite lama..simple but yet menghiburkan


-doraemon hentai ade tak?
 
haha iklan toyota, doraemon sebenarnya french, jean reno ekeke
 
Back
Top
Log in Register