Saya tidak setuju jika 'share' untuk 'profit'. Jika 'share' untuk pengetahuan tanpa melibatkan wang ringgit, amat dialu-alukan.
Sebabnya:
- Dalam pasaran kewangan, semua pemain adalah musuh. Tiada istilah sahabat (sesiapa yang mengaku sahabat, mengarut) kerana;
- Setiap dari kita yang untung, mesti ada yang rugi. Keuntungan yang kita dapat adalah dari kerugian orang lain. Juga tiada istilah 'win-win situation'.
- Cuba fikirkan, jika semua orang menggunakan EA yang sama dan membuka posisi 'long' ('buy'), siapa yang nak 'sell'? Transaksi tidak akan lengkap jika tiada orang yang nak 'sell'. Secara logiknya, jika peratusan orang yang menggunakan EA sama adalah tinggi, maka, semestinya EA itu akan gagal.
- Broker akan menggunakan kesempatan ini untuk menggantungkan pasaran kerana tempahan 'overload' pada masa yang sama. - Jika semua menggunakan EA yang sama, semestinya akan membuka posisi yang sama pada masa yang sama.
- Kerana itu pembuat EA mempunyai versi yang lain semata-mata untuk membina jurang supaya EA tidak bertembung dan menyebabkan server broker 'overload' dengan lambakan tempahan mendadak.
Berbalik kepada FAPTURBO, sememangnya menggunakan 'keygen' adalah lebih baik dari 'crack', lebih-lebih lagi versi 3.6. Kerana, versi 3.6 memerlukan fail DLL untuk membuat keputusan, 'crack' EA sahaja tidak memadai jika anda tidak 'crack' fail DLLnya sekali.
Saya harap anda semua boleh berfikir dengan rasional. Kepada yang Muslim, diharap rezeki masing-masing berkat dan tidak menggunakan barangan yang diciplak atau curi.