BTC USD 84,140.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dongeng Batu Belah Batu Bertangkup

  • Thread starter Thread starter GT
  • Start date Start date
Apabila cerita yang benar2 terjadi satu waktu dahulu diistilahkan dengan perkataan dongeng lalu orang ramai berfikir cerita ini tidak wujud dan rekaan semata2 dan begitulah seterusnya selepas beratus tahun akan datang apabila terjadinya sesuatu peristiwa pada zaman sekarang mereka yang hidup selepas waktu tersebut akan beranggap peristiwa tersebut dongeng jugak. Batu belah wasih wujud lagi bukan di klang tetapi tempat lain, dan ibunda tanjung bukan kena telan dgn batu tersebut tetapi beliau masuk ke alam lain sementara waktu sahaja lalu beliau kembali semula mendapatkan anakanda pekan dan melur, cuma pengolahan cerita membahasakan kita agar menghormati orang2 tua dan jangan menderhaka terhadap ayah dan ibu.
 
moral dari citer ni : ibu takleh merajuk kalau anak buat perangai ...
 
pekan pentingkan diri sendiri... huhu... geram masa tgk citer nih...

budak kecil. mana la dia tahu mas. anak mas pun masih baby kan?

yg pentingkan diri dlm cerita ni mak dia. seorang ibu patut berkorban apa saja utk anak. kalo setakat telur ikan tu, apa sangat jika anak mkn. takkan sampai nak lari tingalkan anak hanya kerana telur ikan? itu namanya ibu yg pentingkan diri. abaikan anak hanya krn telur ikan.
 
Salam....citer sedih dan menyayat hati...tu balasan bagi anak yang x sayang bini
 

Ada 3 lokasi ker? So mana satu yang lagi sahih ni?

Kat perlis ada tempat nama batu bertangkup, siap ader sekolah lagi...SK Batu Bertangkup. Tapi batu2 kat situ tak bertangkup pun. :D
 
Fulamak... "Batu Belah Batu Bertangkup, Telanlah aku Luluhlah aku, aku mengidam telor tembakol..." Adakah pernah wujud Batu Belah Batu Bertangkup di Kampung Batu Belah di Daerah Klang, Selangor.?? Jawapan saya sebagai orang asal kampung tercinta itu ialah... "TIDAK PASTI!"

Cerita tu saya anggap sebagai "cerita penglipur-lara" yang telah didokumenkan suatu ketika dahulu, dan memang ade "kitab bahasa jawa" tu tentang batu bertangkup ... tapi malangnya versi tunggal dikahabarkan telah binasa ketika banjir besar sekitar tahun 70an. Sekarang, tak ada apa-apa bukti tentang kesasihan cerita tersebut.

Kg Batu Belah berkait rapat dengan Kg2 di sekitarnya, seperti Kg. Sungai Binjai, di Pekan Meru dan Kg. Bukit Kerayong di Pekan Kapar iaitu tempat di mana Melor dan Pekan berkelana menyusuri sungai dan menetap kemudiannya di Bukit Kerayong dengan nenek angkatnya.

Fakta sejarah dari lakaran peta-peta zaman dahulu memang menunjukkan wujudnya Sungai Binjai yang menjadi salah satu anak sungai yang berakhir di Sungai Klang. Tetapi sekarang, sungai tu dah takde lagi, kering kot? Itu sebab di jadikan jalanraya (Klang- Jalan Meru) ketika ini. Wallahu'alam.

Lokasi bongkah "bekas" batu belah batu bertangkup tersebut kini terletak di dalam kawasan lapang sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah (SRAI) Kg. Batu Belah. Tapi dah tinggal bongkah batu aje lah. Dulu masa saya kecik ade gak tengok benda tu, gitu ajelah.. sebongkah batu, tapi saya tak nampak pulak ade rupa lubang gua.. hanya sebongkah batu, macam batu sungai yang besar tu.. macam tu ler...

Menurut cerita orang tua dahulu, ketika zaman Jepun, batu-batu pejal dilereng Bukit Batu Belah telah di letupkan untuk dijadikan kerikil jalan. Batu-batu pejal tu dikatakan sebagai daripada "sebahagian badan" batu belah batu bertangkup yang telah di musnahkan terlebih dahulu oleh anak raja yang kahwin dengan si Melur tu.

Lokasi batu belah batu bertangkup pernah dijadikan sebagai salah satu tempat bersejarah di bandar Klang dalam tahun 80an dan 90an, ade gak ler saya tengok bas pelancong berhenti kat situ terjenguk-jenguk.., tapi sebab status tanahnya adalah di dalam kawasan tanah persendirian, lokasi bersejarah itu pun "selamat" ditelan oleh arus pembangunan.

Bagi memperingati sejarah lagenda batu belah batu bertangkup tersebut dua taman perumahan telah lama diberikan nama sempena nama Melur (Taman Bunga Melur) dan nama Pekan (Taman Sri Pekan) dan Kg. Batu Belah tetap menggunakan nama asalnya.

Itu aje ler info ringkas yang boleh saya bagi.

Sekian, wassalam...
 
bukan kat klang ker
ada satu kawsan tue nama dia batu belah
 
Back
Top
Log in Register