BTC USD 80,945.0 Gold USD 4,160.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Dominasi Linux

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
2gBDV.png


Bertahun lamanya sejak tahun 1995, kebanyakkan daripada kita telah diperkenalkan dengan Windows 95, satu sistem operasi yang telah dilepaskan oleh Microsoft, dan paling terkini sistem operasi yang ingin dilepaskan oleh Microsoft ialah Window 8. Penguasan Microsoft sangat hebat sehinggakan beberapa produk atau teknologi yang tidak berasaskan Microsoft Windows gagal untuk menguasai pasaran. Salah satu contohnya adalah Linux, dimana peminat Linux mengharapkan Linux OS dapat diterima oleh pasaran, tetapi mereka gagal.

Linux mungkin gagal dalam pasaran PC / Komputer kepada pasaran pengguna-akhir (end user), tetapi Linux berjaya mendominasi pasaran Server dan juga pasaran Telefon Pintar, dan sudah tentunya Linux yang berjaya di pasaran telefon pintar adalah Android. Ya betul, Android adalah sebahagian daripada Linux. Bagi mereka yang bergelar pengguna sahaja, sudah pasti tidak tahu bahawa Android itu berasaskan daripada Linux.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Android dari masa ke semasa, sudah pasti akan membaca bahawa Android terus dan terus menguasai pasaran, mengatasi OS yang lain termasuklah iOS. Laporan atau statistik yang dikeluarkan oleh pelbagai firma statistik (kajian), banyak menyatakan Android terus mendahului.

Untuk makluman semua, jualan telefon pintar telahpun mengatasi jualan PC, dan dijangkakan pada tahun 2015, jualan PC akan menurun dan terus menurun. Mungkin berdasarkan perkara ini, pihak Ubuntu sendiri telah mengumumkan untuk memasuki ke area telefon pintar. Sama ada pihak Ubuntu akan berjaya atau tidak, susah untuk digambarkan

Antara OS telefon pintar yang lain menggunakan Linux adalah MeeGo, yang disokong penuh oleh Intel, namun Intel sendiri seakan - akan ingin melupakan sahaja pembangunan MeeGo, sebaliknya memberi penumpuan kepada Android ICS.

Sumber:melayubuntu.blogspot.com
 
kenapa linux ni tak popular mcm windows...nak tau jugak ler..kenapa..
sistem operasi dia serasi ke dgn semua sofwer yg lain...
mcm mana dgn jangkitan virus..malwer dan mcm2 lagi...
rasanya pengguna tidak mengetahui akan kelebihan OS ni berbanding windows..
TT kena citer sikit dan bg pemahaman kpd pengguna diluar...
 
linux ni enduser tak sehebat windows
tapi....
linux hebat/terbaik untuk server...

dapat @ tahu guna redhat pun dah ok.. :D
 
susah nak blajar linux... xramai yg mahir. aku dlu cuba blajaq juga linux...
 
Back
Top
Log in Register