BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dokumen Hijau PAS, this is our solution

planar

Active Member
Messages
2,263
Joined
May 28, 2008
Messages
2,263
Reaction score
65
Points
30
Bole download dokumen hijau PAS di sini.pdf format

https://www.pas.org.my/dokumenhijau/9-dokumen-hijau/file


seminarbukuhijau.jpg




Seminar Dokumen Hijau

Gst | Matawang |Perumahan

Tarikh: 3 Disember 2016

Hari: Sabtu

Tempat: Kompleks 3c Bandar Sunway

Anjuran : PAS Penyelidikan PAS

Semua Dijemput Hadir








RAMAI yang kritik PAS, tak ada agenda lainkah selain menegakkan hukum Islam? Sementalah kini musim PAS sedang berhempas pulas meyakinkan orang Islam untuk menyokong usul pindaan akta 355. Lagilah ramai yang pandang serong dengan menganggap PAS kolot; tidak ada benda lain dalam kamus perjuangan mereka selain dari hudud!

Nah! Beberapa hari lalu PAS telah keluarkan Dokumen Hijau. Dokumen ini memberi cadangan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara. Ini bukti PAS sedar dan prihatin masalah negara.

Perjuangan PAS nak membetulkan perundangan negara tidak membuatkan PAS menutup mata akan kepincangan lain dalam negara. Perjuangan PAS adalah holistik mengikut kemampuan semasa yang ada, mengambil inspirasi daripada ajaran Islam sendiri yang bersifat syumul merangkumi setiap cabang hidup manusia.

Itu belum lagi diterangkan peranan PAS dalam pendidikan rakyat. Belum lagi dicerita penglibatan PAS dalam isu kebajikan, pengurusan bencana, kesedaran sosial, alam sekitar, isu perpaduan ummah, pengurusan krisis antarabangsa dan sebagainya.

Kenapa perlu prejudis terhadap PAS? Sepatutnya jika benar PAS memiliki kekurangan, kita sebagai muslim sama-sama perbaiki dan menutup keaiban, bukan mengorek keaiban dan menjaja kepada umum; suatu tindakan yang tidak akan memajukan ummah.

Berbalik kepada Dokumen Hijau, inilah budaya politik yang PAS cuba bawa. Politik idea. Bukan politik kritik dan kutuk sahaja. Kerja mendedahkan penyelewengan dan salah urus kerajaan semata-mata tidak membawa negara ke arah yang lebih baik. Negara perlukan idea dan solusi. Rakyat perlu dididik untuk memilih pemimpin yang berwawasan dan membawa gagasan yang jelas, bukan beretorik dengan janji-janji kosong sahaja.

Kalau tidak mampu sekalipun membawa idea lain untuk selesaikan masalah negara, sekurang-kurangnya cubalah bincang idea PAS ini. Cadangkan pindaan-pindaan yang perlu dalam Dokumen Hijau jika perlu.

Sama juga dengan RUU pindaan akta 355 yang di bawa oleh Presiden PAS, kalau ada klausa-klausa yang perlukan penambahbaikan, cadangkan terus. Bukan terus menolak kerana mengandaikan sedikit masalah teknikal yang mungkin timbul.

Belajarlah berpolitik dengan matang. Kita orang Islam jangan ikutkan sangat nafsu musuh Islam. – HARAKAHDAILY 11/10/2016




Bajet 2017, PAS kemuka Dokumen Hijau

M AZWANI ABD RANI | 20 Oktober 2016.


SEMUA pihak sedar masalah ekonomi yang melanda dunia. Bahkan di Malaysia, impak kemerosotan harga minyak, peningkatan pengangguran khasnya dalam segmen kerja minyak dan gas, ringgit menjunam, hilang subsidi, rasuah 2.6 Billion, menekan terus-terusan rakyat negara ini. Berlumba-lumba semua pihak menampilkan solusi masing.

Sementara menanti pembentangan Bajet 2017 oleh kerajaan Barisan Nasional, Pakatan Harapan turut menampilkan penyelesaian ekonomi. PAS terlebih dahulu telah mengeluarkan Dokumen Hijau: Gagasan PAS Dalam Menyelesaikan Permasalahan Ekonomi Negara.

Dalam mana-mana dokumen penyelesaian, semua lebih gemar menggunakan kerangka asas sistem ekonomi berdasar akal manusia. Penyelesaian masih tidak mahu meletakkan dasar asas panduannya pada agama. Kenapa sentimen agama harus diasing daripada sudut kehidupan terus diamalkan? Bukankah Islam itu cara hidup yang sempurna? Malah lebih malang lagi, ada pihak merasakan sistem sekular atau liberal lebih baik dari Islam.

Di Malaysia, PAS terus istiqamah, dalam setiap aspek kehidupan masyarakat majmuk ini, dengan asas dan dasar perjuangannya ialah Islam sebagai cara hidup. Ramai orang menyindir PAS, terlalu taksub pada RUU355 dan Hudud. Benarkah sebegitu rupa?

Carilah seluruh ceruk rantau di Malaysia, anda pasti bertemu sistem pendidikan berteraskan Islam. Di sana sini, ada PASTI, ditambah SRITI, Maahad Tahfiz Sains dan Kolej Universiti Islam. Semuanya kelolaan PAS.

Sementara itu fenomena air pasang besar menjadi kebimbangan semua pihak, malah geng Baju Merah Pak Jamal pun terus bertindak mempertahankan restorannya. Banjir di sana sini, pastinya, antara wira tidak didendang ialah Unit Amal yang dioperasikan oleh Pemuda PAS.

Malah, tahniah buat PAS Pahang yang terus membantu program Nikah Perdana yang kini diikuti ramai pihak. Bimbang saya jika ikut kata pihak yang mahu PAS Pahang keluar negeri, kemana lagi pasangan baru hendak memilih cara pernikahan secara Islamik lagi. Itu belum lagi ditambah program Lajnah Ekonomi dan Lajnah Kebajikan yang berterusan ke ceruk pendalaman sama ada dalam konteks Siasah atau Dakwah.

Bukankah dari contoh yang sebegini banyak, ia menjadi bukti kerja buat PAS bukan sekadar RUU 355 malah lebih luas dan banyak atas kerangka Islam. Semua contoh perlaksanaan PAS itu asasnya adalah dari kerangka Islam yang amat sempurna. PAS mahu memberikan maklumat bahawa Islam itu sempurna dan wajib menjadi panduan semua. Jangan takut mempromosi Islam sebagai cara hidup.

Untuk belanjawan negara kelak, pilihlah cara Islam. Laksanakan Islam, yakinlah Islam penyelesaian masalah rasuah negara.

Dokumen Hijau PAS berlandaskan Islam boleh dijadikan panduan. Jangan tinggalkan Islam di luar pagar Putrajaya semata-mata ingin berkuasa.

Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 20/10/2016



852110698_1314.jpg


Diorang kata PAS ni kolot,parti pak lebai,modal hudud,ruu355 dan segala mcm fitnah dn tuduhan mereka lempar.

Sebelum bajet 2017 PAS sudah mendahului dgn pra bajet 2017.

Kalau di peringkat kawasan sebenarnya terlalui byk aktiviti kemasyarakatan yg di bawa PAS.aktiviti ini berterusan bukan bermusim apabila sudah hampir pilihan raya
 
Last edited:
Good move. Matured politics. Give solution, not blaming culture.
 
Good move. Matured politics. Give solution, not blaming culture.

What not blaming culture.??? What a joke..:eek:
Kena kencing pun salahkan org yg kencing.. not blamming culture kunun.. :eek:
 
What not blaming culture.??? What a joke..:eek:
Kena kencing pun salahkan org yg kencing.. not blamming culture kunun.. :eek:

See.. tengok la perangai si haji ni.. korg tgk sendiri..

Cerdik dan matang sikit.. bukak mata hati tu luas2..
Ini melibatkan persoalan agama.. tkdenya org puas tp org marah adalah..
Jgn cari siapa yg untung tp fikirkan siapa yg rugi dan apa kesannya...

Korang ingat benda ni main2 ke.. seronok2.. sbb itu org bantah dari awal2 lagi..
 
Hahahahaha spesis suka cari salah sorang salah sendiri tk nmpak.. apa punya perangai hahahah

Perggh.. ckp aku suka cari salah org plak.. adeh..

Xpela haji.. aku mintak maaf klu ada yg terasa..

No hard feelings..
 
Perggh.. ckp aku suka cari salah org plak.. adeh..

Xpela haji.. aku mintak maaf klu ada yg terasa..

No hard feelings..

Kena belajar terima pendapat dan teguran org lain..
Jgn ikut perangai parti pas asik duk menyalah kan org tak habis2..
Dari mula nk buat hudud.. tukar agenda hudud ke ruu bkn hudud.. smpai mengaku kena kencing pun tetap nk salah kan org.. dah buat buku hijau pun tetap nk salahkan sikap org lain konon kerja mencari silap dan salah pas..

Pernah kau dengar mereka2 ni dari pihak pemimpin teratas smpai ke totok2 mengaku silap atau membuat pernyataan maaf..?

Sbb tu aku ckp cerdik dan matang supaya tak membabí main ikut..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register