balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
MELAKA - Doktor pakar yang tidak digajikan pihak hospital tetapi memberi perkhidmatan kesihatan kepada pesakit berdasarkan kontrak, perlu mendaftarkan diri mereka di bawah program cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy berkata, seperti mana doktor pakar pelawat, pihak hospital bukan merupakan majikan mereka memandangkan tiada sebarang kontrak perkhidmatan membabitkan kedua pihak berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, mereka hanya menerima bayaran dari hospital apabila perkhidmatan pakar ini digunakan, contohnya untuk konsultasi atau pembedahan.
"Bayaran yang mereka terima ini adalah tertakluk kepada GST. Sehubungan itu, saya menasihatkan mereka supaya mendaftar dengan segera di bawah program GST ini.
“Menurut garis panduan dikeluarkan Jabatan Kastam, hanya perkhidmatan diberikan doktor yang berada di dalam penggajian sebuah hospital dikecualikan dari GST,” katanya selepas taklimat GST anjuran Dewan Perniagaan India Melaka, di sini semalam.
Subromaniam turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa harga penjagaan kesihatan akan meningkat mendadak berikutan pengenalan GST.
Menurutnya, cukai enam peratus yang kini dikenakan terhadap bayaran bilik hospital dan makanan akan dimansuhkan apabila GST dikuatkuasakan tahun depan.
Dalam aspek ini, katanya, ia merupakan satu penjimatan kepada pihak hospital.
“Peningkatan dalam harga penjagaan kesihatan tidaklah besar, sekitar satu atau dua peratus sahaja. Tetapi apabila kita melihat kepada pemansuhan cukai enam peratus ini, ia sudah memberikan satu penjimatan,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/doktor-pakar-kontrak-perlu-daftar-gst-1.339936