BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doktor Maut Nahas Jalan Raya

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
18.05.2018 - Jempol, Doktor maut apabila kereta dipandu terbabas di Jalan Palong Sembilan, 10 dan 11 di Jempol, 9.35 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, mangsa Azimuddin Ismail, 29, yang berasal dari Kajang, Selangor dalam perjalanan dari arah Keratong ke tempat kerjanya di Klinik Kesihatan Felda Palong.

Katanya, mangsa yang memandu Perodua Viva dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Siasatan mendapati mangsa gagal mengawal keretanya lalu berpusing beberapa kali dan terbalik di kanan jalan.

“Mangsa yang parah di kepala dihantar ke Hospital Jempol dengan ambulans sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan,” katanya.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, ketika kejadian permukaan jalan kering dan tidak sibuk.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

6f94b1183595b892aa835dbdec514f1b.jpg


56596e5cbcf7d41a8a41287f2886502e.jpg


1f7e40442c62abed416a230b5fce2442.jpg


730a9da7143b3aba30ceba885c841492.jpg


9acca76bd27f8dd07e69f9618fa757cd.jpg


007a7125b5a97dc7ff02999959279fdc.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/340660/doktor-maut-kereta-terbabas
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register