BTC USD 81,578.7 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doakan Ustaz Sulaiman Hamanaka.

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Hari ni (5hb Mei 2019) kita terima satu berita yang sangat menyedihkan.



USTAZ SULAIMAN HAMANAKA, seorang ulama sangat dihormati di Jepun dan dunia Islam telah kembali kerahmatullah hari ini pada usia 66 tahun.

Beliau yang memeluk Islam sekitar 45 tahun lalu, telah mendalami Islam di 3 buah negara selama hampir 10 tahun, iaitu Malaysia, Mesir dan Libya.

Setelah tamat pengajian Islam beliau pulang dan menjalankan dakwah serta menjadi antara pengasas persatuan muslim di Jepun.

Beliau juga merupakan pegasas kepada web informasi Islam pertama Jepun iaitu islamjp.com dan イスラムのホームページ Islamic Website Japan FB

Jasa beliau dalam gerakan dakwah di Jepun tidak dapat dinafikan, malah beliau dianggap sebagai tokoh utama yang menjadi rujukan muslim Jepun yang lain.

Disebabkan beliau pernah belajar di Malaysia selama beberapa tahun sekitar 80an, beliau boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan sangat fasih, malah semasa kami tinggal dengan beliau setiap kali berkunjung ke Ehime, beliau akan berkomunikasi dengan kami dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Seorang yang sangat ramah, baik hati dan "all out" untuk Islam.

Saya masih ingat bagaimana beliau sanggup luangkan masa dari jam 10 malam hingga 2 pagi untuk terangkan plan dan situasi dakwah di Jepun kepada saya, sedangkan beliau perlu bekerja seawal jam 6 pagi setiap hari.

Selain beliau seorang ulama dan penting dalam komuniti muslim, beliau juga merupakan seorang usahawan berjaya dan tokoh yang dihormati dalam dunia badminton.




MAKSUD SEBENAR "Saya Tiada Masa"

Seolah-olah beliau telah tahu beliau akan pergi, pada Januari lalu beliau bersungguh-sungguh beritahu saya, "Kalau betul kamu nak tolong Islam disini, cari dan jumpa Ustaz Maeno.. umat Islam disini perlukan ketua, untuk dirujuk jika ada apa-apa masalah, perlu dari kalangan orang Jepun sendiri, dan bekerjaya macam saya... Saya sudah tua, sibuk dan terlalu letih untuk laksanakan tugas ini.."

---
Sebab tu setiap kali Ustaz Ashan tanya dan cadangkan apa2, beliau akan jawab "Saya tak ada masa..."
Sampai Ustaz Ashan tanya dengan penuh hairan kepada saya, kenapa dia "sibuk sangat" sampai amanah penting ni pun tak diberikan keutamaan.
---

Saya dapat rasa Ustaz Hamanaka dah terlalu letih, sebab tu, sebaik saya balik dari Jepun, perkara pertama yang saya buat ialah berjumpa dengan beberapa pihak termasuk I-Mas Sakura untuk realisasikan niat Ustaz Hamanaka, memperkenalkan Ustaz Maeno dan bina jaringan dengan ngo di Malaysia.
---

Selepas peristiwa bersejarah Jumaat lalu (3hb Mei 2019 - dimana untuk pertama kalinya khutbah dalam Bahasa Jepun disampaikan oleh seorang ulama muda Jepun dihadapan ribuan Jemaah di Malaysia) kami tak berhenti memuji Ustaz Hamanaka kerana saranan beliau sangat berkesan. Apa yang dicapai baru2 ini adalah hasil nasihat dan buah fikiran beliau.
Hari ni kehilangan Ustaz Hamanaka seolah-olah "pas baton" untuk penganti yang beliau sendiri pilih.
---
Semoga Allah rahmati dan ampunkan Ustaz Hamanaka, dan beri beliau sebaik-baik ganjaran pahala dan kedudukan disisiNya.
Amin.

Doakan Ustaz Sulaiman Hamanaka
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه


https://www.facebook.com/zonkuliah/photos/rpp.226389644179493/1277353625749751/?type=3&theater


59343069_1277353635749750_6630070719105466368_n.jpg
 
Last edited:
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

Semoga ustaz ahmad dpt teruskn usaha dakwah di sana

Ramai ke muslim jepun?
 
Back
Top
Log in Register