BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Waktu Sujud - macam mana??

Kassim Hensem

Active+ Member
Messages
3,850
Joined
Jan 15, 2011
Messages
3,850
Reaction score
663
Points
81
Assalaamualaikum para sahabat handai sekalian dan salam ramadhan.


Ana nak tanya sikit...

Kita dianjurkan baca doa dalam sujud.. benar bukan?

Yang ana blur skit ni.. macam mana cara nak baca doa waktu sujud tu??

Adakah:

1) Kita boleh lafazkan secara zahir seperti kebiasaannya kita baca bacaan lain ketika solat? Misalnya:

"Ya Allah.. kurniakanlah aku sebuah kenderaan berjenama Proton Saga FLX executive 1.6 untuk tujuan aku ke masjid."

Dan dibaca kuat...


2) Baca dalam hati. Doa apa-apa bahasa pun tak apa.

3) Doa hanya boleh dibaca zahir dalam bahasa Arab.. kalau nak baca bahasa Melayu kena baca dalam hati.



Atau selainnya?? Minta pandangan yang mana betul??


Terima kasih sahabat handai sekalian...
 
kalau aku mintak dlm Al-fatihah... :)
 
kalau aku mintak dlm Al-fatihah... :)

Ooo.. haha.. bukan apa.. aku tanya sebab jumpa hadis ni:

Baginda Rasulullah SAW bersabda:

"Ketahuilah, sesungguhnya aku dilarang untuk membaca Al-Quran di saat ruku atau sujud. Adapun ruku maka agungkanlah Allah azza wa jalla di dalamnya sedangkan sujud maka berupayalah untuk berdoa maka tentu kalian akan dikabulkan." (H.R. Muslim).

Dalam keterangan lain disebutkan, "Hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika dia bersujud, maka perbanyaklah doa." (H.R. Muslim)
 
Doa dalam sujud ni tak perlu baca kuat-kuat...

Dalam Islam, kita diajar supaya membaca surah dalam keadaan telinga kita sendiri dengar...

Maksud, kita sendiri dengar apa yang kita baca tapi jangan sampai ganggu orang sebelah nak solat..

Sama jugakla dengan berdoa dalam sujud ni..

Tak perlu kuat-kuat pun..

Kalau aku, baca dalam hati jer..

Tak kisah bahasa apa pun, kan Tuhan tu Maha Mendengar...
 
doa dalam hati....mcm solat hajat
 
lagi satu..dalam solat kita guna bahasa arab,,tak boleh guna bahasa melayu,,batal solat
 
Bukan apa aku tanya...

sebab menurut hemat aku yang tak berilmu ni... kalau dah zahir tak ke batal solat kalau bahasa Melayu.

Jadi ikut hemat aku (dan cara aku amalkan selama ini pun) baca dalam hati jer...


Tapi tiba-tiba teringat nak bertanya... adakah Nabi Muhammad SAW mengajar bacaan doa waktu sujud dibaca dengan suara... dan dari sudut pandangan ulama-ulama.. bolehkah bahasa selain Melayu digunakan kalau berdoa dengan suara dan bukan dalam hati?
 
lagi satu..dalam solat kita guna bahasa arab,,tak boleh guna bahasa melayu,,batal solat

Iye.. Solat wajib dalam bahasa Arab..

Doa baca dalam hati..

Lagi satu, dalam bahasa apa pun boleh kan?

Betul tak tuan?
 
Aku tak paham..

Maksud bro apa?

"Mintak dalam al-fatihah?"

Seriously, aku tak paham..

Pencerahan sikit..

Mungkin dia maksudkan Al-Fatihah itu adalah doa...

1/3 awal Al-Fatihah untuk Allah swt
1/3 lagi (pertengahan) ada kedua-duanya ("Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.")
1/3 yang akhir untuk kita ("Tunjukilah kami jalan yang lurus..." sehingga habis)
 
Back
Top
Log in Register