Mr-Mus
Marked as Scammer, (until issue resolved)
- Messages
- 4,879
Paid Membership
- Joined
- Feb 22, 2009
- Messages
- 4,879
- Reaction score
- 254
- Points
- 41
Doa Seorang Budak...
Alkisah bermula di suatu sukaneka sekolah di mana berlangsungnya acara akhir lumba lari. Suasana sungguh meriah pada hari tersebut kerana hanya tinggal empat orang peserta untuk perlumbaan peringkat akhir. Masing-masing akan mempamerkan aksi yang paling terbaik. Dalam empat orang peserta akhir tersebut, ada seorang budak yang bernama Aziz. Aziz kelihatan berbeza daripada tiga peserta yang lain. Ini kerana kasut dan pakaian yang Aziz pakai semuanya lusuh sedangkan peserta yang lain kasut dan pakaian mereka mahal-mahal dan berjenama semuanya. Aziz kelihatan mula berasa rendah diri dan secara tidak langsung menjejaskan keyakinannya untuk menang. Tibalah masa yang dinantikan. Perlumbaan peringkat akhir akan dimulakan. Setiap peserta mula bersedia di garisan permulaan menantikan bunyi wisel. Tiba-tiba Aziz mengangkat tangan dan meminta pengadil untuk memberikan sedikit masa...
"Saya mahu berdoa sekejap..."
Aziz seterusnya lantas menadah tangan lalu berdoa. Setelah selesai, wisel ditiupkan dan peserta mula menunjukkan kepantasan masing-masing. Akhir garisan penamat, ternyata Aziz berjaya mendahului yang lain-lain dan diumumkan sebagai pemenang. Orang ramai mula bersorak. Ramai cikgu mula mengelilingi Aziz untuk mengucapkan tahniah kepada beliau. Seorang cikgu bertanya kepada Aziz...
"Mesti tadi awak berdoa untuk menang kan?"
Aziz lalu menjawab, "Rasanya tak adil kalau saya meminta pada Tuhan untuk menolong saya mengalahkan orang lain. Saya hanya bermohon pada Tuhan supaya saya tidak menangis jika kalah..."
Semua cikgunya terdiam mendengar jawapan Aziz itu. Setelah beberapa saat, terdengarlah tepukan yang gemuruh memenuhi ruangan.