akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,005
- Points
- 881
Doa senjata orang mukmin
Ketakwaan dan kebergantungan penduduk Palestin pada Allah sangat tinggi
Siti FatimahDecember 17, 2023
DOA adalah memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh pengharapan dan bersungguh-sungguh. Setiap apa yang kita inginkan, impikan dan mengharapkan, memohonlah dan berdoalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui segalanya. Allah amat menyukai apabila hamba-hambanya berdoa walaupun sekecil-kecil perkara. Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Ghafir ayat 60:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan merendahkan diri.”
Mengapa kita perlu berdoa sedangkan takdir telah ditetapkan?
Yang pertama, sebenarnya kita perlu faham tentang konsep “Takdir & Pilihan”. Kita mengerti bahawa setiap sesuatu itu sudah pun ditakdirkan oleh Allah. Dan sebagai hamba yang beriman, wajib untuk kita meyakini dan mengimani qada’ & qadar Allah. Meskipun hidup kita sudah ditakdirkan dan disusun oleh Allah, tetapi manusia diberikan kelebihan oleh Allah untuk membuat pilihan. Allah SWT sudah menurunkan Al-Quran melalui utusan terakhir Baginda Nabi SAW sebagai panduan dan rujukan untuk kita memahami jalan yang mana perlu kita pilih.
Namun, sebagai seorang hamba yang lemah, kita memerlukan sokongan, pertolongan dan hidayah daripada Allah melalui doa. Bahkan, Nabi Muhammad SAW sendiri menjelaskan betapa besarnya kuasa doa sehingga mampu mengubah sesuatu takdir. Daripada Thauban R.A, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بِالذَّنْبِ يُصِيبُهُ ، وَلاَ يَرُدُّ الْقَدَرَ إِلاَّ الدُّعَاءُ
Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang itu boleh terhalang dari rezeki disebabkan dosa yang dilakukannya. Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali doa.” — Riwayat Ibn Majah (4022), Ahmad (22745) dan al-Baihaqi.
Sebagai contoh, seperti yang kita tahu isu yang hangat sekarang adalah tentang isu Palestin. Allah telah menjanjikan kemenangan bagi umat Islam di Palestin. Tapi, mengapa mereka masih berdoa sedangkan mereka tahu bahawa janji Allah itu pasti dan kemenangan akan berpihak kepada mereka? Walaupun terkadang kita melihat nasib mereka tiada harapan untuk menang kerana kekurangan alat-alat berperang, kekurangan tenaga dan sebagainya tetapi mereka tetap berdoa dan meletakkan keyakinan yang tinggi kepada Allah.
Hal ini kerana, ketakwaan dan kebergantungan mereka pada Allah yang sangat tinggi dan doa adalah perisai dan sumber kekuatan umat Islam. Umat Islam di bumi Palestin telah dipilih oleh Allah SWT untuk menjaga tanah air kita dengan menentang musuh-musuh Allah. Mereka memikul tanggungjawab dengan meletakkan keyakinan terhadap pertolongan Allah SWT yang menjadi asas kepada keteguhan iman dan sanggup berkorban jiwa dan raga demi agama Allah.
Dari kisah Palestin, kita dapat mengambil iktibar bahawa tidak wajar untuk kita terlalu berserah kerana menganggap bahawa segalanya sudah ditakdirkan oleh Allah. Allah sudah memberikan kita panduan dan bimbingan untuk berfikir dan tidak menyalahkan takdir. Hamba yang beriman adalah mereka yang faham hidup ini merupakan satu ujian dan kitalah yang mencorakkan keimanan kita sebagai seorang hamba.
Maka, setiap apa yang sudah ditakdirkan, kita masih diberikan pilihan oleh Allah untuk memilih jalan yang mana yang kita mahukan. Dan wujudnya doa sebagai bantuan daripada Allah juga satu bentuk kasih dan Rahmat-Nya terhadap hamba-Nya.
Adakah semua doa kita dimakbulkan dan apa yang terjadi pada doa yang belum dimakbulkan?
Allah berfirman di dalam surah Al-Fatihah ayat 5:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
“Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.”
Sebagai manusia yang beriman, kita harus meyakini bahawa hanya kepada Allah sahajalah kita memohon pertolongan. Dan senjata yang paling kuat untuk kita memohon pertolongan dan panduan daripada Allah adalah dengan berdoa. Bahkan Rasulullah SAW juga bersabda bahawa berdoa itu merupakan amalan yang sangat mulia.
Namun, mungkin kita pernah terfikir dan mempersoalkan jika ada doa-doa yang kita tidak berhenti berdoa kepada Allah, tetapi masih tetap tidak dikabulkan. Mungkin ada di kalangan kita, merasakan bahawa Allah tidak akan menjawab doanya, ataupun tidak yakin bahawa Allah akan menjawab doa-doa mereka. Kita perlu yakin bahawa Allah SWT mendengar setiap doa yang dipanjatkan oleh hambaNya, terdapat sebuah hadis Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Doalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu yakin bahawa Allah SWT akan memustajabkan” — (Hadis Riwayat At Tirmizi)
Jelas dari hadis di atas, bahawa Allah S.W.T akan mengabulkan doa dari hati yang benar-benar yakin ketika berdoa. Kita sering mengiringi doa dengan persoalan bahawa sudah berkali-kali dan bertahun-tahun kita berdoa namun masih tetap tidak dikabulkan. Kita perlulah bersungguh-sungguh bersangka baik dalam berdoa kepada Allah.
Dan menurut ulama, Allah pasti akan memakbulkan doa melalui satu di antara tiga hal ini iaitu:
Allah akan berikan apa yang kita minta.
Allah menggantikan doa itu dengan perkara yang lebih baik.
Allah memberikan yang terbaik dari semua doa-doanya itu iaitu pahala (kebaikan) di akhirat.
Maka, di saat doa kita tidak dikabulkan Allah S.W.T, jangan pernah berasa putus asa, kecewa, kecil hati dan berburuk sangka dengan Allah S.W.T. Teguhkan keyakinan bahawa Allah pasti akan mengabulkan. Jika tidak, yakinlah bahawa Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik daripada yang kita sangka.
Aina Najihah binti Amir Hamzah
Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.