BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Rasulullah S.A.W yang tidak dikabulkan..

Yul-Minho

Legendary Member
gem
Messages
15,946
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,946
Reaction score
1,172
Points
201
Terdapat banyak riwayat tentang beberapa permintaan Rasulullah s.a.w kepada Allah s.w.t untuk umat baginda. Diantara riwayat-riwayat yang shahih adalah hadis pada shahih Muslim yang diriwayatkan dari Sa'ad berkata :

"Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu Baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :

"Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah S.W.T hanya memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.


1.Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.

2.Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a).

3.Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam).

Kedua-dua doa nabi telah Allah kabulkan.Tetapi permohonan baginda yang ke-3 telah ditolak. 2 hal yang diminta agar tidak terjadi atas umatnya kelak itu dikabulkan iaitu agar umat ini tidak dibinasakan sebagaimana umat-umat terdahulu dibinasakan.

Dan hal yang terakhir ialah baginda meminta agar umatnya tidak saling bermusuhan dan tetap bersatu, akan tetapi doa baginda yang ini ditolak oleh Allah.

wallahu a'lam..
 
selawat ke atas Baginda nabi kita....
 
sekarang perpecahan umat benar-benar berlaku.
yakni timbulnya banyak fitnah yang terjadi dimana-mana sehingga kebenaran terlihat samar-samar.
Hampir tidak boleh dibezakan antara mana yang benar dan mana yang salah..
makanya, berserah dirilah kepada ALLAH..
Kembalilah kepada AL-Quran dan Sunnah...
 
doa ke 3 tu kemuncak dah di zaman sekarang
 
banyak yang berlaku skrg..masing2 sesama islam asik nak bergaduh jer ttg semua hal termasuk politik...sepatutnya kita bersama2 bersatu dalam semua hal..
 
Back
Top
Log in Register