BTC USD 83,818.4 Gold USD 4,187.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Qunut Ketika Sembahyang Subuh

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
Ahli fuqaha berselisih pendapat dalam menetukan rnasalah doa qunut ketika sembahyang Subuh. Ada di antara mereka menganggap doa qunut sebagai sunah Rasulullah, manakala yang lainnya tidak berpendapat sedernikian.

Rasulullah sendiri membaca doa qunut ketika sembahyang Subuh.

'Nabi membaca doa qunut ketika sembahyang subuh.'

Di dalam sebuah hadis lain, ada diceritakan bahawa baginda berqunut semata-mata kerana memohon doa disebabkan kaum musyrikin membuat kekacauan terhadap orang-orang Islam, dan baginda juga selalu mendoakan golongan yang lemah hati kalangan orang-orang Islam yang beriman kepada Allah.

Doa qunut seperti yang dibaca oleh Rasulullah tersebut mempunyai sebab-sebab yang tertentu. Ahli fuqaha menamakannya qunut nazilah. Contohnya, apabila umat Islam ditimpa kesempitan, sunat bagi mereka berdoa (qunut) ketika bersembahyang, serta memohon kepada Allah supaya melenyapkan segala bentuk kejahatan dan bala yang ada. Begitulah yang dilakukan oleh Rasulullah.

Sesetengah ulama seperti ulama mazhab Syafii berpendapat bahawa membaca doa qunut pada setiap kali sembahyang Subuh adalah sunat yang tidak harus ditinggalkan.

Walaubagaimanapun, tidak mengapa sekiranya seseorang muslim meninggalkan doa qunut sama ada sengaja atau pun tidak.

Mengikut satu riwayat, semasa Imam Syafii berziarah ke Baghdad, dia tidak pemah membaca doa qunut ketika semabahyang Subuh semata-mata kerana memuliakan pengikut-pengikut Imam Abu Hanifah.

Perbuatan Imam Syafii tersebut menunjukkan bahawa sekiranya ada perkara-perkara yang kurang disukai oleh masyarakat, perlulah kita bertolak ansur selagi mana ia tidak lari dari landasan Islam.
 
Dah ada isu ni..bosan la..xdak barang lain ka nak sembang?balik balik doa qunut..

:(scam:(scam:(scam~X(~X(~X(:(scam:(scam:(scam
 
Dah ada isu ni jap lagi datang lah puak2 RD ngan us.asri
 
ini masaalah khilaf mazhab,sapa yg ikut syafie buat qunut,yg tak mau ikut ikutlah mn2 mazhab. Ulamak2 yg terdahulu,yg betul2 ahli dalam bidang ni pun berselisih pendapat,apatah lagi kita yg tidak sampai tahap muhadis/faqeh nak bincang perkara seperti ini,dikhuatiri akan menyebabkan kekeliruan dan pecah belah dikalangan umat islam.
 
Dah ada isu ni jap lagi datang lah puak2 RD ngan us.asri

عَنْ أَبِي مَالِكٍ الأَشْجَعِيِّ قَالَ, قُلْتُ لأَبِي:



يَا أَبَةِ إِنَّكَ قَدْ صَلَّيْتَ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ



وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ



هَا هُنَا بِالْكُوفَةِ نَحْوًا مِنْ خَمْسِ سِنِينَ أَكَانُوا يَقْنُتُون؟َ



قَالَ: أَيْ بُنَيَّ مُحْدَثٌ.



Abi Malik al-Asyja’i berkata, saya bertanya kepada ayahku:

“Wahai bapaku! Sesungguhnya engkau pernah bersolat di belakang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali bin Abi Thalib di Kufah selama lima tahun, apakah mereka melakukan qunut?”

Jawab ayahku: “Hai anakku! Itu adalah perbuatan bid’ah! [17]

 
Dah ada isu ni..bosan la..xdak barang lain ka nak sembang?balik balik doa qunut..

:(scam:(scam:(scam~X(~X(~X(:(scam:(scam:(scam

jgnlah bosan...perkara macam ni harus diulang2kan utk kita ingat....manusia kan selalunya masuk telinga kiri,keluar telinga kanan...
 
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya radhiallahu’anhum tidak mengerjakan qunut Subuh secara terus-menerus sepanjang hayat mereka melainkan jika terjadi sesuatu musibah maka mereka membacakan qunut nazilah dalam solat-solat fardhu termasuk solat Subuh. Berkata Anas bin Malik radhiallahu 'anh:



أنَّ النَِّبيِّ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ كَانَ لاَ يَقْنُتُ فِي صَلاَةِ الصُّبْحِ



إِلاَّ إِذَا دَعَا لِقَوْمٍ أَوْ دَعَا عَلَى قَوْمٍ.



Bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam itu tidak pernah berqunut

dalam solat Subuh kecuali untuk mendoakan kebaikan bagi sesuatu kaum (muslimin) atau mendoakan kebinasaan sesuatu kaum (kafir) (iaitu qunut nazilah – pen).[16]
 
ape2 saje la ammal..aku pengikut imam syafie...aku ikut imam aku..ko ikut fahaman ko...peace
 
apabila mereka tak belajar Usul Fiqh, tapi nak bicara pasal Fiqh. sebab tu berterabur dan asyik nak bertekak pasal perkara FURU' je..
 
Back
Top
Log in Register