BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Permudahkan Urusan Hisab Di Akhirat

---

Freshie
Messages
1
Joined
Dec 5, 2010
Messages
1
Reaction score
5
Points
8
Doa Permudahkan Urusan Hisab Di Akhirat

Manusia ini akan dihisab di akhirat nanti setelah dibangkit daripada mati. Umat manusia dipanggil keluar dari kubur masing masing. kemudian dikumpulkan dipadang mahsyar dengan segala macam keadaan. Bergantung kepada amalan, ada yang baik dan ada yang buruk. Manusia berada dalam keadaan bimbang akan balasan yang bakal diterima atas perbuatan mereka semasa di dunia dahulu.

Masing masing membawa pahala dan dosa sendiri dipaksa berkumpul didepan sebuah alat timbangan dosa pahala yang bernama neraca Al Mizan. Urusan timbang ini turut diperhatikan oleh Nabi Muhammad SAW dan dijalankan oleh para malaikat. Ada insan menerima azab yang tak terhingga diwaktu ini lantaran kesusahan perlaksanaan kiraan amalan ini. Ada yang terpaksa menunggu terlalu lama dalam keseksaan untuk sampai ke giliran sendiri sehingga berlaku huru- hara yang amat dasyat, menakutkan dan mengerikan. Namun ada golongan yang dipermudahkan urusan timbangan ini, senang dan cepat urusan selesai. merekalah golongan yang mendapat rahmat dan keredhaan Allah.

Nabi ada mengajar umatnya agar membaca satu doa untuk diamalkan oleh kita seperti didalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Ismail daripada Muhammad bin Ishak daripada Abdul Wahid bin Hamzah daripada Abdullah bin Al-Zubair daripada Aisyah, menyatakan bahawa disuatu waktu malam, Nabi Muhammad SAW sedang solat berseorangan, diperhatikan oleh isteri baginda ialtu Aisyah ra. Dalam solat selepas bacaan tahyat akhir sebelum salam iaitu antara tahyat akhir dan salam, nabi menyebut " Allahumma haa sibni hisaban yasi ro." kemudian baru baginda memberi salam. Selesai solat, Aisyah ra. bertanyakan Rasullullah doa apakah itu ya Rasullullah?. Baginda menjawab., itu lah doa untuk permudahkan urusan hisab diakhirat nanti.

Doa yang dibaca ialah:

" Allahumma haa sibni hisaban yasi ro".

bermaksud,

" Ya Allah, hisablah diriku dengan hisab yang mudah"

Mengikut ustaz yang menyampaikan tazkirah ini, doa ini boleh dibaca sewaktu mengerjakan solat fardhu dan juga solat solat sunat. Boleh didoakan setiap kali bersolat iaitu selepas membaca tahiyat akhir dan sebelum memberi salam.

Untuk itu marilah kita amalkan sunah nabi ini supaya kita dihisab dan dihitung dengan penuh kasih sayang Nya, mudah dan terlepas dari perkara merumitkan nanti.
Insyaallah.
 
aminn...mudah2 kita semua mendapat keberkatan dariNya
 
" Allahumma haa sibni hisaban yasi ro".

bermaksud,

" Ya Allah, hisablah diriku dengan hisab yang mudah"

Amin Amin Aminnn

tk tt
 
Semoga amalan kita tak dibicarakan dengan terperinci.

Firman Allah Ta'ala ( al-Haaqqah 69:18):

يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَى مِنْكُمْ خَافِيَةٌ (18(

Maksudnya: Pada hari itu kamu dihadapkan kepada Tuhanmu, tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi bagi Allah.

Firman Allah Ta'ala ( al-Zalzalah 99:6-8):

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ (6) فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8(

Maksudnya: Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.


Sesungguhnya apabila amalan-amalan kita dipersoalkan ketika dihisab, maka ia petanda kita akan diazab.

عَنْ عَائِشَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَنْ نُوقِشَ الْحِسَابَ عُذِّبَ " ، قَالَتْ : قُلْتُ : أَلَيْسَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى : فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا سورة الانشقاق آية 8 قَالَ : " ذَلِكِ الْعَرْضُ

‘Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang dibicarakan dalam penghitungan akan diazab." 'Aisyah bertanya 'Bukankah Allah telah berfirman (al-Insyiqaaq 84:8): Maka dia akan dihitung dengan perhitungan yang mudah. Jawab Baginda: "Itu ialah 'ardh (pembentangan).
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, hadis no: 6082]

Kita akan melihat amalan-amalan yang pernah kita lakukan, dan kita akan bercakap dengan Allah.

عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَا مِنْكُمْ أَحَدٌ إِلَّا سَيُكَلِّمُهُ رَبُّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ تُرْجُمَانٌ ، فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ فَلَا يَرَى إِلَّا مَا قَدَّمَ مِنْ عَمَلِهِ ، وَيَنْظُرُ أَشْأَمَ مِنْهُ فَلَا يَرَى إِلَّا مَا قَدَّمَ ، وَيَنْظُرُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلَا يَرَى إِلَّا النَّارَ تِلْقَاءَ وَجْهِهِ ، فَاتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ

‘Adiy bin Hatim radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Tiada seorang daripada kamu kecuali akan Allah akan berkata-kata dengannya tanpa sebarang penterjemah. Dia akan melihat di kanannya dan hanya dapat melihat amalan yang telah dilakukannya. Dia melihat di kirinya dan hanya dapat melihat amalan yang telah dilakukannya. Dia melihat di hadapannya dan hanya dapat melihat Neraka. Maka hendaklah kamu semua bertaqwa walaupun dengan memberi sebahagian buah kurma atau dengan kata-kata yang mulia.
[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 6981]

Pada hari itu, Allah akan menzahirkan rahmatNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Manusia akan melihat amalan mereka, lalu ada orang yang Allah akan menutupi mereka ketika pembentangan amalan supaya orang lain tak dapat melihat keaiban mereka. Allah menutup keaiban mereka di akhirat sebagaimana ditutupnya keaiban mereka di dunia. Bukan sekadar ditutup keaiban mereka, bahkan diampuni dosa mereka.

أَنَّ رَجُلاً، سَأَلَ ابْنَ عُمَرَ كَيْفَ سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ فِي النَّجْوَى قَالَ " يَدْنُو أَحَدُكُمْ مِنْ رَبِّهِ حَتَّى يَضَعَ كَنَفَهُ عَلَيْهِ فَيَقُولُ عَمِلْتَ كَذَا وَكَذَا. فَيَقُولُ نَعَمْ. وَيَقُولُ عَمِلْتَ كَذَا وَكَذَا. فَيَقُولُ نَعَمْ. فَيُقَرِّرُهُ ثُمَّ يَقُولُ إِنِّي سَتَرْتُ عَلَيْكَ فِي الدُّنْيَا، فَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ

Seorang lelaki bertanya kepada Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhuma: Apa yang engkau dengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tentang perbualan rahsia (antara seorang hamba dan Tuhan di akhirat). Beliau menjawab: Seseorang daripada kamu akan mendekati Tuhannya sehinggalah Tuhan menaunginya seraya berkata "Kamu telah lakukan begini dan begini?" Dia akan menjawab, 'Ya.' Allah berkata lagi "Kamu telah lakukan begini dan begini?" Dia menjawab, 'Ya.' Dia mengakuinya. Kemudian Allah berkata, "Sesungguhnya aku telah menutup keaiban kamu di dunia, dan Aku ampunkannya untuk kamu hari ini."
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no: 6070]

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي بَعْضِ صَلَاتِهِ: "اللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا"

'Aisyah r.a berkata: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w membaca dalam sebahagian solatnya: Ya Allah, hisablah aku dengan hisab yang mudah. [Sahih Ibn Khuzaimah, Kitab al-Solah, Bab Mas'alah al-Rabb Jalla wa 'Ala Fi al-Solah Muhasabah Yasirah..., no: 849]
 
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ سَمِعْتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ فِى بَعْضِ صَلاَتِهِ « اللَّهُمَّ حَاسِبْنِى حِسَاباً يَسِيرًا ». فَلَمَّا انْصَرَفَ قُلْتُ يَا نَبِىَّ اللَّهِ مَا الْحِسَابُ الْيَسِيرُ قَالَ « أَنْ يَنْظُرَ فِى كِتَابِهِ فَيَتَجَاوَزَ عَنْهُ إِنَّهُ مَنْ نُوقِشَ الْحِسَابَ يَوْمَئِذٍ يَا عَائِشَةُ هَلَكَ وَكُلُّ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ يُكَفِّرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ عَنْهُ حَتَّى الشَّوْكَةُ تَشُوكُهُ

Dari Aisyah, ia berkata, saya telah mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada sebagian shalatnya membaca, “Allahumma haasibnii hisaabay yasiiroo (Ya Allah hisablah aku dengan hisab yang mudah).” Ketika beliau berpaling saya bekata, “Wahai Nabi Allah, apa yang dimaksud dengan hisab yang mudah?” Beliau bersabda, “Seseorang yang Allah melihat kitabnya lalu memaafkannya. Karena orang yang diperdebatkan hisabnya pada hari itu, pasti celaka wahai Aisyah. Dan setiap musibah yang menimpa orang beriman Allah akan menghapus (dosanya) karenanya, bahkan sampai duri yang menusuknya.”

Yang dimaksud dengan do’a tersebut diterangkan dalam hadits di atas. Maksud “hisab yang mudah” adalah saat di mana dosa-dosa seorang mukmin di hadapkan pada Allah, lalu ia pun mengakui dosa-dosanya itu. Kemudian setelah itu Allah mengampuni dosa-dosanya setelah ia bersendirian dengan Allah dan tidak ada seorang pun yang melihatnya ketika itu.

Dari Shafwan bin Muhriz bahwa seorang laki-laki pernah bertanya kepada Ibnu Umar, “Bagaimana Anda mendengar sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang An Najwa (bisikan di hari kiamat)?” Ibnu Umar menjawab

يَدْنُو أَحَدُكُمْ مِنْ رَبِّهِ حَتَّى يَضَعَ كَنَفَهُ عَلَيْهِ فَيَقُولُ عَمِلْتَ كَذَا وَكَذَا . فَيَقُولُ نَعَمْ . وَيَقُولُ عَمِلْتَ كَذَا وَكَذَا . فَيَقُولُ نَعَمْ . فَيُقَرِّرُهُ ثُمَّ يَقُولُ إِنِّى سَتَرْتُ عَلَيْكَ فِى الدُّنْيَا ، فَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ

Yaitu salah seorang dari kalian akan mendekat kepada Rabb-nya. Kemudian Dia meletakkan naungan-Nya di atasnya. Kemudian Dia berfirman, “Apakah kamu telah berbuat ini dan ini?” Hamba itu menjawab, “Ya, benar.” Dia berfirman lagi, “Apakah kamu telah melakukan ini dan ini?” Hamba itu menjawab, “Ya, benar.” Dia pun mengulang-ulang pertanyannya, kemudian berfirman, “Sesungguhnya Aku telah menutupi dosa-dosa tadi (merahasiakannya) di dunia dan pada hari ini aku telah mengampuninya bagimu.”

Inilah yang dimaksudkan dengan hisab yang mudah di mana dosa-dosa seorang hamba yang beriman itu dimaafkan.

Moga Allah mudahkan bagi kita untuk mendapatkan kemudahan hisab semacam ini di akhirat kelak saat hari perhitungan.

rumaysho.com
 
doa hisab mudah h.jpg

. .
 
Back
Top
Log in Register