BTC USD 84,853.7 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Panjang Umur

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Persoalan:
Apa makna minta doa panjang umur sedangkan ajal maut dah di tentukan Allah


Jawapan:
UMUR PANJANG MAKSUDNYA UMUR BANYAK DIISI DENGAN AMAL BERMANAFAAT, AMAL SOLEH.
UMUR TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH S.W.T
Taqdir

Ahli Syurga dan Ahli Neraka
Dari ‘Abdullah r.a. katanya: “Rasulullah saw yang mutlak benar menceritakan kepada kami, sesungguhnya proses penciptaan seseorang kamu setelah berada dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dia menjadi ‘alaqah (segumpal darah) selama 40 hari. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama 40 hari. Kemudian diutus malaikat meniupkan ruh (jiwa) kepadanya. Kemudian diperintahkan kepada malaikat menulis empat ketetapan. Yaitu mengenai rezekinya, ajalnya, ‘amalnya dan celaka atau bahagia. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta, tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka, lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka. Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak nya ke neraka hanya hanya tinggal sehasta, tetapi suratan taqdirnya telah ditulis menjadi ahli surga, lalu (pada usia umurnya)dia beramal dengan amalan ahli surga.

Dari Hudzaifah bin Asid r.a katanya Rasulullah saw bersabda "Setelah nutfah berada dalam rahim 40 atau 45 malam, maka datang malaikat kepadanya, seraya bertanya kepada Allah Ta’ala. “Ya Tuhan! Apakah dia ini celaka atau bahagia?” Maka ditulis salah satu di antara keduanya. Tanya, “ Apakah dia laki-laki atau perempuan?” Maka ditulis salah satu di antara keduanya. Kemudian ditulisnya pula amalan serta hasil amalannya, ajalnya dan rezekinya. Kemudian bukunya dilipat, tidak ditambah dan tidak dikurangi.”

Dari ‘Ali r.a. katanya: “Pada suatu hari kami menghantar jenazah ke perkuburan Baqi Al Gharqad. Rasulullah saw mendatangi kami, lalu beliau duduk. Maka kami pun duduk pula di keliling beliau. Baginda memegang sepotong ranting, menunduk, dan menggaris-garis pasir dengan ranting. Kemudian baginda bersabda” Tidak seorang jua pun di antara kamu melainkan tempatnya telah ditentukan Allah Ta’ala di surga atau neraka. Telah ditetap Allah apakah dia celaka atau bahagia. Maka bertanya seorang sahabat, “ Ya Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak lebih baik kita diam saja menunggu suratan taqdir nasib kita tanpa beramal?” jawab baginda,” Orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang yang bahagia, adalah kerana dia beramal dengan amalan orang bahagia, dan orang yang telah ditetap Allah menjadi orang celaka adalah kerana dia beramal dengan amalan orang celaka. Kerana itu beramallah!. Semua sarana telah disiapkan, adapun orang-orang bahagia, mereka dimudah untuk mengamalkan amalan orang-orang bahagia. Dan orang-orang celaka, mereka dimudahkan untuk beramal dengan amalan orang-orang celaka.” Kemudian beliau membaca ayat. Adapun orang-orang yang suka memberi dan bertaqwa maka Kami siapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang bakhil dan merasa dirinya cukup , serta mendustakan pahala yang terbaik. Maka akan Kami siapkan baginya jalan yang sukar”.

Bicara Nabi Adam a.s dan Nabi Musa a.s:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw. Bercerita bahawa Adam dan Musa pernah berbantahan. Kata Musa a.s “ hai Adam! Engkau adalah bapak kami, tetapi engkau telah mengecewakan kami kerana menyebabkan kami keluar dari surga.” Jawab Adam a.s” Engkau hai Musa! Engkau telah dipilih dan diistimewakan Allah Ta’ala. Dengan kehendakNya engkau dapat bercakap-cakap dengan Nya.. Apakah engkau menyesaliku kerana urusan yang telah ditaqdirkan Allah atasku sejak 40 tahun sebelum aku diciptakan Nya?” Sabda Nabi saw, “Demikianlah Adam a.s dan Musa a.s saling berbantah.”

Segala-galanya terencana
Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: Allah Ta’ala telah menetapkan segala ketetapan(taqdir) bagi seluruh makhluq, lima puluh ribu tahun sebelum diciptakanNya langit dan bumi. Dan (ketika itu) ‘Arasy Allah Ta’ala berada di atas air.”

Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: ” Sesungguhnya hati anak Adam seluruhnya berada di antara dua jari (kekuasaan) Allah Ta’ala , bagaikan hanya sebuah saja. Allah Ta’ala sanggup menggerakkannya bagaimana menurut kehendakNya. Lalu Rasulullah saw. Mendoa, “Allahumma musharrifal qulub, sharrif quluubana ‘alaa thaa’atika”. Maksud doa tersebut “Wahai Allah yang menggerakkan seluruh hati. Gerakkan hati kami untuk mentaati Engkau.”

Dari ‘ Abdullah bin ‘Umar r.a. katanya Rasulullah saw bersabda "segala-galanya telah ditetapkan (taqdir yang tak dapat diubah lagi). Hingga sampai kepada kelemahan dan ketrampilan,”

Ajal tak dapat diundur atau dipercepatkan:

Dari ‘Abdullah r.a katanya” pada suatu waktu Ummu Habibah isteri Nabi saw mendoakan "Wahai Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama suamiku Rasulullah saw., dan dengan bapakku Abu Sufyan, dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda Nabi saw.,” Engkau memohon ajal yang sudah pasti ( tak dapat diubah), memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya, serta rezeki yang sudah dibagi-bagi, yang tak dapat disegera sebelum tiba waktu, dan dapat diundur sedikit jua pun dari waktu yang telah ditetapkan semula. Seandainya engkau mohon kepada Allah Ta’ala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur, itu lebih baik dan lebih bagus.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda, “ Orang mukmin yang kuat (jasmani dan rohaninya) lebih disukai Allah Ta’ala daripada orang mukmin yang lemah. Namun begitu, kedua-duanya sama-sama mempunyai kelebihan. Jagalah agar kamu selalu dalam keadaan (situasi) yang bermanfaat bagi dirimu dan mohonlah selalu pertolongan kepada Allah Ta’ala dan jangan bosan. Jika engkau mendapat cobaan, jangan berkata, seandainya (tadi) aku perbuat begini dan begitu (tentu tidak akan begini jadinya).” Tetapi ucapkanlah "Allah Maha Kuasa berbuat sekehendak Nya” Kerana kata-kata “Law” (seandainya/kalau) memberi peluang bagi syaitan.

Dari ‘Aisyah, Ummul Mukminin r.a katanya: “ Pada suatu ketika Rasulullah saw diminta orang datang menta’ziahi jenazah bayi orang Anshar. Lalu aku berkata , “Berbahagialah bayi itu, seekor burung di antara burung-burung surga, yang belum pernah berbuat dosa atau ditimpa dosa.” Jawab Nabi saw.,” Mungkin tidak begitu. Kerana sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyediakan bagi surga siapa siapa penghuninya semenjak mereka masil dalam sulbi bapa mereka, dan telah menyediakan bagi neraka siapa-siapa penghuninya, semenjak mereka masih dalam sulbi bapa mereka.”
 
Barang siapa selalu membaca doa ini, Insya-Allah akan diberi panjang umur.

Caranya, bacalah
Bismillaahirrahmaanirrahim
Hasbiyal Laahu Ni'mal Wakiilu Maulana Wa Ni'man Nashiiru sebanyak 7 kali.
Lalu bacalah doa di bawah ini.

Bismillahir Rahmanir Rahim
Subhanallahi mil-almizani wa muntahal 'almi wa mablagarridaa.
Wazinatal 'arsyi la manja-a wa la malja-a minal laahi ilayhi subhanal laahi 'ada dasysyaf'i wal wa tari wa 'adada kalimatil laahit tammati kulliha as-alukassalamata birah matika ya arhamar rahimin wa laa haula wa laa quwwata illa billahil 'aliyil 'azim wa huwa hasbiya wa ni'mal wa kiilu ni'mal maulaa wa ni'man nasiiru wa sallal laahu 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihii wa sahbihii wa sallam.
 
terima kasih TT.. bertambah-tambah lagi ilmu saya.. :)
 
Barang siapa selalu membaca doa ini, Insya-Allah akan diberi panjang umur.

Caranya, bacalah
Bismillaahirrahmaanirrahim
Hasbiyal Laahu Ni'mal Wakiilu Maulana Wa Ni'man Nashiiru sebanyak 7 kali.
Lalu bacalah doa di bawah ini.

Bismillahir Rahmanir Rahim
Subhanallahi mil-almizani wa muntahal 'almi wa mablagarridaa.
Wazinatal 'arsyi la manja-a wa la malja-a minal laahi ilayhi subhanal laahi 'ada dasysyaf'i wal wa tari wa 'adada kalimatil laahit tammati kulliha as-alukassalamata birah matika ya arhamar rahimin wa laa haula wa laa quwwata illa billahil 'aliyil 'azim wa huwa hasbiya wa ni'mal wa kiilu ni'mal maulaa wa ni'man nasiiru wa sallal laahu 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihii wa sahbihii wa sallam.

salam bro...xde yg tulisan arab ke? susah nak baca ngan huruf rumi nu
 
oh Tuhanku dimanakah aku nanti?
aku tak keruan memikirkannya
 
oh Tuhanku dimanakah aku nanti?
aku tak keruan memikirkannya

sdra eday baca doa ini:

* Doa dipermudahkan “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki”

ujianpac-300x110.gif
 
Ketika fikiran tenang segala sesuatu di depan mata nampak jernih dan semua berjalan lancar serta mudah. Sebaliknya, ketika fikiran kusut segala di depan kita nampak buntu dan semua terhenti atau tertutup kerana dalam fikiran tenang ada tafa’ul, optimistik dan dalam fikiran kusut ada tasya’um, pesimistik. Tafa’ul adalah natijah daripada tauhid, manakala tasya’um adalah natijah daripada syirik.

Kita diperintah Allah dan selalu membaca doa diajar-Nya bermaksud:

“(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakan kepada kami limpah rahmat di sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jua Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Surah Ali Imran: 8.)
 
Barang siapa selalu membaca doa ini, Insya-Allah akan diberi panjang umur.

bro, sy tak paham, mula2 bg dalil yang umur tak bleh dipanjangkan
atau takdir telah tetap. kemudian bg doa panjang umur pulak.
Kompius???????
 
Back
Top
Log in Register