BTC USD 83,047.9 Gold USD 4,182.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Ketika Menghadapi Kesulitan

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
Doa Ketika Menghadapi Kesulitan

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Artinya : “Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang memiliki ‘arsy yang besar. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang menciptakan langit, bumi dan ‘arsy yang mulia.”

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْمَنَّانُ ، بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ

Artinya : “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan bahawasanya bagi Mu segala kepujian, tiada Tuhan selain Engkau yang esa tiada sekutu, maha pemberi anugerah, yang menciptakan langit dan bumi, yang maha agung dan mulia, yang maha hidup dan mengurus segala sesuatu.”

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو ، فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Artinya : “Ya Allah, hanya rahmat Mu aku mengharap. Maka jangan Engkau lepaskan aku walau sekejap pun. Perbaikilah segala tingkah laku aku, tiada Tuhan selain Engkau.”

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي ، وَنُورَ صَدْرِي ، وَجِلَاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي

Artinya : “Ya Allah, aku adalah hamba-Mu dan anak dari pasangan hamba-Mu. Diriku dalam kekuasaan Mu. Sejak dahulu hukum dan takdir-Mu berlaku bagiku. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau sebutkan sendiri untuk-Mu, atau nama yang Engkau ajarkan kepada salah satu makhluk-Mu, atau nama yang Engkau turunkan dalam kitab suci-Mu, atau nama yang Engkau pilih dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, untuk menjadikan Al Quran sebagai penghibur hatiku, penerang jiwaku, penawar kesedihan ku dan pelenyap keresahanku.”
 
Bnykkan doa pd hari jumaat.
Waktu mustajab berdoa adalah hari jumaat.
Berdoalah ketika azan, ketika iqamat, ketika hujan, ketika khatib duduk antara khutbah,ketika khatib turun dati mimbar.
Dan juga ketika waktu hampir2 maghrib.

Insya Allah.

Sumber muntakhab hadis.
 
Back
Top
Log in Register