BTC USD 84,713.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Haikal

KIOS

Legendary Member
gem
Messages
15,890
Joined
Oct 24, 2008
Messages
15,890
Reaction score
93
Points
120
Assalamualaikum.

Semalam sy berkesempatan bersembang dengan seseorang tentang doa2 amalan. & timbul doa haikal daripada beliau. katanya bagus utk amalan. rupanya banyak istimewa doa ni bila diamalkan.

sy jugak ada jumpa doa ni dalam buku doa2 & ayat yasin keluaran negeri johor (kebanyakan sekarang dah tak keluar dah)...

so, sedikit info untuk dikongsikan.
________________________________________________________

Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka Jibril pun datang membawa firman. Ujarnya,”Ya Rasulullah. Salam Allah Ta’ala pada tuan hamba dan firmannya: Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan hamba. Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa membacanya atau menyimpannya maka Allah SWT melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.

Ya Muhammad. Barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu. Barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal(azimat), nescaya lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, serta duduk dalam aman. Dan barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratulmaut itu. Maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar.

Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat. Nescaya beroleh pahala umpama membaca 70,000 kali khatam Qur’an dan 70,000 mati syahid dan 70,000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70,000 masjid dan seperti memerdekakan 70,000 hamba dan seperti menjamu 70,000 orang berbuka puasa dan mendapat pahala 70,000 orang hafiz qur’an dan beroleh kebajikan kemenangan 70,000 orang perang syahid dan pahala 70,000 alim dan 70,000 abid dan 70,000 malaikat dan 70,000 orang yang berakal dan 70,000 nabi dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, ‘IzrailAlaihissalam.

Ya Muhammad SAW. Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekelian bala dan jika ada ia berhutang, nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah.” Kisah benar pada zaman dahulu: Ada seseorang yang terkena tohmah mencuri di negeri Baghdad. Maka dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia. Tiada luka. Diselamkan ia di dalam air. Tiada lemas. Kemudian dibakar ia akan dia. Itupun tiada terbakar. Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian, lalu bertanya hakim, “Apakah amalan yang menyebabkan suatu perkara pun tiada boleh mencederakanmu?” Maka sahut pencuri itu, “Ada di kepala hamba fadhilat doa haikal.

Maka oleh berkat doa itu, suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba.” Maka apabila didengarnya oleh hakim akan kata kata pencuri itu. Lalu dibawanya menghadap raja serta dipersembahkannya sekalian hal pencuri itu. Maka baginda mengurniakan pencuri tersebut seberapa banyak harta dan melepaskannya.


Kemudian fadhilat doa haikal itupun disuruh salin dan ditaruh padanya. Adapun khasiat doa haikal ini terlalu banyak. Sekadar diambil ringkasannya sahaja di sini. Sesungguhnya tiadalah syak lagi. Barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi kafir Nauzubillahi min suuil i’tikad

Dan doa haikal tersebut sebenarnya adalah susunan daripada ayat-ayat Quran Al-Karim dari beberapa surah seperti berikut:

1. Haikal 1: ayat kursi (Al-Baqarah: 255);

2. Haikal 2: Ali-Imran: 35 Al-Isra’: 77 – 80;

3. Haikal 3: Al-Baqarah: 285 – 286;

4. Haikal 4: Al-Isra’: 81 – 85;

5. Haikal 5: Maryam: 4 – 6 Al-Fath: 27;

6. Haikal 6: Al-Jin: 1 – 4; dan

7. Haikal 7: Al-Qalam: 51 – 52


_____________________________________________

** pesannya, fahami makna ayat sebelum mengamalkannya.
 
Last edited:
Maksud

1-Haikal Pertama

-Aku memohon perlindungan diriku dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

-Ayat Kursi
Allah, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaaNya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.



2-Haikal Kedua

-Aku memohon perlindungan diriku dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

-(Ingatlah) Ketika isteri 'Imran berkata: "Ya Tuhanku, aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Kerana itu terimalah (nazar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

-(Kami menetapkan yang demikian) sebagai suatu ketetapan terhadap rasul-rasul Kami yang Kami utuskan sebelum kamu dan tidak akan kamu dapati perubahan bagi ketetapan Kami itu.

-Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).

Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.

Dan katakanlah; "Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong."
 
3-Haikal Ketiga

-Aku memohon perlindungan diriku dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

-Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeza-bezakan di antara seseorang pun (dengan yang lain) daripada rasul-rasulNya." Dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami ta'at". (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan, dan kepada Engkaulah tempat kembali."

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau lah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."



4-Haikal Keempat

-Aku memohon perlindungan diriku dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

-Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

-Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

-Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia nescaya berpalinglah dia dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan, nescaya dia berputus asa.

-Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing." Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.

-Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."
 
5- Haikal kelima

-Aku memohon perlindungan diriku dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

-Ia (Zakaria) berkata: "Ya Tuhanku, tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku.

-Dan aku khuatir terhadap mawaliku (umatku) sepeninggalku, sedangkan isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera.

-Yang akan mewarisi aku dan mewarisi dari keluarga Ya'qub, dan jadikanlah dia, ya Tuhan, seorang yang diredhai."

-Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bahawa kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingkannya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat.



6-Haikal Keenam

-Aku memohon perlindungan diriku dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

-Katakanlah (hai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya sekumpulan jin telah mendengarkan (Al-Quran) lalu mereka berkata: Kami telah mendengarkan Al-Quran yang menakjubkan.

(Yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya, dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorang pun dengan Tuhan kami,

Bahawasanya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak (pula) beranak.

Dan bahawasanya orang yang kurang akal daripada kami dahulu selalu mengatakan (perkataan) yang melampaui batas terhadap Allah.
 
7-Haikal Ketujuh

-Aku memohon perlindungan diriku dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

-Dan orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: Dia (Muhammad) benar-benar orang yang gila.

Dan Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat.

(TAMAT DOA HAIKAL)

Diiringi dengan membaca beberapa surah yang berikut:-

1-Surah At-Thoriq
2-Surah Al-Lahab
3-Surah Al-Ikhlas
4-Surah Al-Falaq
5-Surah An-Nas
 
Minta maaf TT.....nak tanya Riwayat Nabi ni ada sanad ke tak?
 
Back
Top
Log in Register