BTC USD 81,444.8 Gold USD 4,126.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa dari isteri yang solehah

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

Ampunilah dosa ku yg telah ku yang telah lalu dan akan datang
limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
peliharalah lidahku dari kata-kata keji dan nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
berikanlah aku sifat salih kasih mengasihi sesama insan

Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
ke jalan yang diredhaiMu

Ya Allah Ya Rahman

Kurniakanlah aku dengan sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi jika Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...Ya Rahim

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah...
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, Amin Ya Rabbal Allamin...
 
Moga2 kita semua mendapat isteri yang solehah,selain menjadi tulang kekuatan kita,doa mereka yang mengiringi kita ke jalan yang benar dengan kehendakNya.
 
best nya doa nih...... =) =)
 
Back
Top
Log in Register