Doa dan zikir dihindarkan bala bencana

CG Sponsors




AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,629
Reaction score
258
Points
91
Dari ruangan Forum Utusan Malaysia

TAKZIAH kepada mereka yang kehilangan keluarga dan juga penduduk kepulauan Haiti akibat gempa bumi.

Dunia kini bukan lagi diancam peperangan tetapi lebih kepada ancaman bencana alam dengan setiap hari dilaporkan kejadian gempa bumi dan tanah runtuh serta cuaca tidak menentu.

Ini memperlihatkan alam yang menjadi tempat teduh manusia dan haiwan zaman-berzaman sejak diturunkan bapa segala manusia, Nabi Allah Adam a.s ke dunia sudah begitu rapuh dan uzur dan ia menunggu sahaja saat-saat apa yang dikatakan sebagai bencana yang terlalu dahsyat dan tidak dapat dibayangkan sekarang.

Selain Malaysia perlu bersedia untuk memberi amaran awal sebelum sesuatu tragedi berlaku, kita syorkan rakyatnya sentiasa berdoa memohon agar negara kita tersisih daripada apa juga bencana alam.

Sudah sampai masanya surau dan masjid mengadakan doa tambahan serta zikir dan solat hajat supaya negara kita selamat daripada apa juga musibah.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL

Ampangan, Seremban

Nanti ada pula yang kata bidaah pula.....:) any way kat surau aku dah mula buat..
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register