BTC USD 83,389.5 Gold USD 4,281.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

doa bermusafir

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
rasulullah saw bila ingin berjalan atau bermusafir , selalu sangat baginda membaca doa yang diambil dalam surah az zukhruf ,sebahagian ayat 13 dan 14



Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya -


"Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"
 
hukamak pernah berkata "berjalan lah dan bermusafir lah kerna dengan berjalan itu ibarat air yang mengalir dan apabila air itu terus mengalir maka baiklah air itu tetapi jika air itu berhenti,terkepunglah ia jadi takungan maka kotor lah ia" ..

aku fikir terlalu banyak makna dan maksud yang tersirat di sebalik kata kata hukamak ini..

kata kata ini sesuai sebagaimana firman allah dalam surah al hajj ayat 46..



Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
 
1000497210.jpg


Doa Kepada Orang Bermusafir : Wasiat Rasulullah SAW untuk Perjalanan Jauh

Suatu ketika, Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi bermusafir. Berilah aku wasiat.” Baginda SAW pun berpesan:

“Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah, dan bertakbirlah setiap kali menaiki tempat yang tinggi.”

Sebelum lelaki itu berangkat, Rasulullah SAW mendoakannya dengan penuh kasih sayang :

“Ya Allah, dekatkanlah jarak yang jauh baginya, dan mudahkanlah perjalanannya.” (Riwayat al-Tirmizi, 3445)

Doa dan wasiat ini penuh makna, sebagai pelindung buat setiap musafir.

Semoga yang dalam perjalanan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya, dipermudahkan segala urusan, dan selamat tiba di destinasi dengan sejahtera.
 
Back
Top
Log in Register