BTC USD 81,545.2 Gold USD 4,131.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

doa awal & akhir tahun

Doa Awal Tahun

awal%20tahun.gif


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW,ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang
awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di
hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang
mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad.
Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.[/LEFT]

Waktu membacanya:
dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram.
Sesiapa yg membaca doa ini maka syaitan akan berkata,"telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 2 orang malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan".


Doa Akhir Tahun
akhir%20tahun.gif


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku,
tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu.
Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.​

Waktu membacanya:
dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Sesiapa yg membaca doa ini maka syaitan akan berkata, "kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga".
Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkn dosanya setahun.

tq tuan tanah baru je abis baca doa awal tahun...baca ngan surah yasin petang td..tenang je jiwa...alhamdulillah....
 
semoga Allah memurahkan rezeki dan memudahkan rezeki kita semua...amin..
 
minta maaf ler kalo benda tu bidaah..
 
minta maaf ler kalo benda tu bidaah..

saya ada diberitahu bidaah tu pun bukannya semuanya tak baik... ada juga bidaah yang baik... contoh baca Yaasin setiap Khamis malam Jumaat... dengan adanya bidaah macam ni sekurang-kurangnya setiap minggu kita baca Al-Quran daripada tak baca langsung...

bidaah yang haram pula ialah seperti sambutan2 perayaan yang bukan berkaitan agama kita seperti Valentine's Day dan termasuklah perayaan Happy New Year tak lama lagi... itu semua adalah perayaan Kristian sebenarnya... kita orang Islam so tak perlu lah nak merayakan hari keagamaan mereka...
 
lagi baik jika dpt puasa sunat dari hari akhir zulhijjah hingga 11 muharram
 
untuk panduan kita sebagai doa di permulaan tahun dan akhir tahun Islam.
 
dah nak masuk tahun baru hijrah..
jom jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun..
 
Back
Top
Log in Register