Sinopsis Novel
“Jodoh itu bukan ditangan kita tapi satu catatan yang ditulis Allah di dalam mihrab takdir. Pergilah sejauh mana kamu mahu melangkah namun tatkala jodoh itu tiba kamu tetap akan kembali kerana kamu adalah takdir ku. Kerana takdir itu adalah catatan terindah dari Allah dan ujian itu adalah anugerah terindah yang membahagiakan.”
#DARISHDANEENA
Jodoh dari dalam almari?
Kebetulan ini adalah Kun Fa Ya Kun tuhan.
Darish pada mulanya marah dan menghalau Daneena, akhirnya bersimpati meskipun dia tak tahu apa tujuan Daneena yang tiba-tiba muncul di rumahnya. Mana tidaknya, tiba-tiba seorang gadis cantik muncul dan bersembunyi dalam almari baju. Tentu jadi tanda tanya pada Darish. Kerana simpati, dia benarkan Daneena tinggal di rumahnya. Daneena juga minta izin untuk menjadi pembantu rumah sementara Darish.
Larilah sejauh mana pun, awak tetap milik saya Kapten Daneena Durra. Do you love me, Captain Darish Dzaqrie? Darish tak akan biarkan Daneena hadapi semua ujian seorang diri.
Terluah juga akhirnya segala yang dia pendam semalaman.
Crash landing on you? Huh mimpi sajalah semua itu. Realitinya mana ada macam itu. Tiba-tiba jodoh datang dari langit. Drama itu semua khayalan… merepek saja. Semuanya melalaikan. Kapten udara Darish Dzaqrie cuma menjeling saat sahabatnya leka dengan drama yang memaparkankehidupan tentera Korea Utara itu.
Jangan cakap sombong Darish.. takut esok jodoh kau keluar dari almari bilik. Darish cuma tersenyum mengejek. Hidupnya penuh disiplin sebagai seorang tentera. Dia diajar berfikir mengikut logik bukan khayalan.
Takdir Tuhan tatkala pulang bercuti di rumah yang dibina berhampiran pantai, seorang wanita bersembunyi di dalam almari.
Awak keluar dari almari ini sekarang sebelum saya heret ke balai polis. Entah berapa lamalah agaknya gadis yang bernama Daneena Durra ini menceroboh di kediamannya. Bukan tu saja. Dia jadikan rumah ini seolah-olah macam dia yang punya.
Saya minta maaf Tuan. Jangan bawa saya ke balai polis. Saya cuma.. Saya cuma tumpang berteduh. Demi Allah saya tak ambil apa-apa pun barang pun dekat sini kecuali makanan dalam peti ais.
Mahu percaya cakap gadis ini atau humbannya ke penjara? Darish mati akal. Entah datang dari mana idea Daneena untuk dijadikan pembantu rumah?Semuanya atas permintaan Daneena asalkan dia tidak dihalau.
Saat hatinya tertanya-tanya siapa gadis ini, Daneena Durra tetap mebisu seribu bahasa.
Keluarganya muncul. Bakal isterinya muncul. Daneena diperkenalkan sebagai pembantu rumah meski ada curiga di hati mereka.
“Siapa awak Daneena?”
Daneena cuma tersenyum.
“Siapa saya anggap sahaja takdir yang bawa saya ke sini.”
Saat di kem, hatinya mengingati Daneena. Masin mulut sahabat sendiri jodoh dari almari.
Daneena yang siapkan makan minum dia, Daneena yang berjaga tatkala dia demam. Daneena yang buatkan dia selalu mengukirkan senyuman dan tawa.
Tapi satu hari saat dia pulang, Daneena sudah pergi. Cuma satu nota ditinggalkan
‘Terima kasih atas ihsan Tuan pada saya selama ini. Tuan, saya tak ambil apa-apa dari rumah Tuan kecuali military tag yang ada nama Tuan untuk saya simpan sebagai kenangan terindah saya di sini. Mudahan satu hari nanti saya diizinkan Tuhan untuk kembalikannya pada Tuan Darish Dzaqrie.’
Saat hatinya dicuri Daneena, dia mencari di mana gadis itu.
‘Kenapa awak pergi Daneena? ‘
Satu nota di tinggalkan di bilik Darish
‘Do you love me, Captain?’
Darish tahu dia harus mencari Daneena. Jatuh cinta itu bukan mudah tapi dia yakin pada takdirnya
Tunggu saya Daneena Durra kerana awak adalah takdir saya